Kabinet Baru Mampu Bawa Perubahan Dalam Pendekatan 1 Malaysia: KJ

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin percaya barisan jemaah menteri yang baru mampu membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha beliau membawa perubahan berdasarkan pendekatan 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Beliau juga turut merakam ucapan berterima kasih di atas pengiktirafan yang diberi kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan perlantikan Naibnya, Datuk Razali Ibrahim, selaku Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan.

Mengenai kedudukannya yang tidak dipilih dalam kabinet baru yang diumumkan hari ini, Khairy berkata beliau telah dipanggil dan dimaklumkan Perdana Menteri semalam yang mahukannya menumpukan perhatian mengukuhkan Pemuda UMNO.

"Berdasarkan kepada kemerosotan sokongan pengundi muda kepada Barisan Nasional, kami berdua sepakat dan bersetuju bahawa tanggung jawab dan gerak kerja memenangi pengundi muda adalah satu komitmen sepenuh masa yang menuntut gandingan tenaga dan dedikasi untuk kerja-kerja parti tanpa sebarang tanggung jawab dalam pentadbiran kerajaan.

"Kepada YAB Datuk Seri Najib, saya ucapkan terima kasih di atas amanah yang diberi dan berikrar untuk memberi sokongan tak berbelah bahagi kepada kepimpinan beliau dan saya juga berjanji untuk bekerja keras untuk memperkasa dan mengukuhkan Pemuda UMNO", katanya di dalam laman rembau.net.my di sini, hari ini.

Kepada ahli-ahli pergerakan Pemuda UMNO, beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau meminta semua ahli pergerakan itu meneima pengumuman ini dengan hati yang terbuka.

"..dan terimalah juga cabaran yang diberi kepada kita untuk memenangi dan mengembalikan sokongan pengundi muda dengan penuh iltizam dan kesungguhan.
"Kita semua hendaklah menyokong kerajaan dalam usahanya untuk mendekati rakyat dan menyelesaikan permasalahan mereka dengan berkesan dan menyeluruh", ujarnya.

Sumber: www.pemuda.com.my
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

  1. AKU SETUJU BETUL BRO DENGAN KAU!

    KJ KENA CONCENTRATE UNTUK MENGUATKAN PEMUDA UMNO!

    DIA HARUS MENARIK ANAK MUDA SUPAYA MENDEKATI UMNI, LUPAKAN JAWATAN DULU, DIA ADA TUGAS YANG LEBIH BESAR BRO!

    HE HE HE

  2. Anonymous
    5:44 PM

    Letak jawatan dan jgn tunjuk muka dimana2 majlis UMNO atau BN.
    ORANG DAH MELUAT.......tak faham2 lagi ke?
    Oh Ya, bolih bawa yg 304 ekor tu sekali.........

  3. Konspirasi pemilihan UMNO - lihat kat sini

Post a Comment