KJ KETUA JENTERA PEMUDA BN- Khir Dan Mukhriz tetap turun bantu jentera BN

Jika sebelum ini aku ada mengatakan Pemuda UMNO/BN berpecah tiga. Benar, Pemuda UMNO yang kini diketuai KJ sudah berpecah tiga sehingga 7 Mac ini dalam usaha menawan 3 kerusi dalam PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Misi tawan 2 bukit dan 1 batang kini jadi tumpuan Pemuda selepas mendapat jeneral yang baru.



DS Khir Toyo di Bilik Gerakan Matang Road... cawangan yang pernah disertainya sebelum ini.

Dalam usaha Pakatan Pembangkang cuba melemahkan sayap kanan UMNO, iaitu Pemuda dengan mengatakan bahawa Pemuda lemah sebab pecah tiga, KJ tidak dapat kerjasama Khir dan Mukhriz... itu semua bohong.

Kalahnya Mukhriz dan Khir bukanlah penamat kepada perjuangan politik MM dan KT. Tetapi atas semangat Bersatu-Setia-Berkhidmat, MM dan KT sudah membuktikan bahawa kekalahan mereka bukanlah penyebab untuk mereka merajuk dan menjauhkan diri dari UMNO atau lebih khususnya, Pemuda.



Dato' Mukhriz Mahathir bersama jentera dan pengundi di Padang Gajah (DUN Trong)


Tapi atas semangat Setiakawan dalam UMNO dan BN itu sendiri.... mereka datang sebagai Pemuda Berani untuk turut membantu jentera Pemuda dan BN itu sendiri untuk menemui penduduk dan pengundi Bukit Gantang untuk Berani Berubah .... mengundi BN selepas mereka beralih mengundi PAS dalam PRU 12, 7 April ini.... hampir setahun yang lalu.

Dua hari yang lepas, Mukhriz telah turun berkempen dan berjumpa Jentera Pemuda di Padang Gajah (DUN Trong) sebelum ke turun Bukit Selambau untuk turut menyertai jentera BN dan Pemuda di sana. Semalam, Khir Toyo turut turun padang.... turun ke kawasan dan UMNO cawangan yang pernah disertainya sebelum ini. Khir telah turun ke Bilik Gerakan Matang Road di dalam kawasan DUN Kuala Sepetang.

Malah mereka berdua turut bersama jentera BN di hari penamaan calon, 29 Mac lalu. Ini membuktikan bahawa kepentingan perjuangan parti mengatasi mengatasi perjuangan peribadi .... tidak sebagaimana orang-orang tertentu yang mudah merajuk selepas tidak mendapat tempat di hati orang UMNO hingga menyebabkan tertubuhnya PAS, Semangat 46 dan keADILan sebelum menjadi PKR selepas mereka menghancurkan PRM yang sudah lama bertapak dalam arena politik tanahair.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Anonymous
    5:39 PM

    ELOKLAH MM DAN KT SAJA YANG TURUN JUMPA RAKYAT,KHAIRI JANGAN DULU NANTI KENA BOO MALU KITA YANG DOK IKUT BELAKANG DIA

  2. Anonymous
    6:35 PM

    Bukan ke KJ dah biasa kena booo...

Post a Comment