Sentuhan saat-saat akhir Ketua Pemuda UMNO, KJ yang turun padang hari ini menambahkan semangat jentera BN khususnya Pemuda BN untuk memastikan kemenangan BN dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, 7 April ini.
Bermula di Padang Matang menyaksikan pasukan Piala Presiden My Team menentang Dream Team Bukit Gantang yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri 1-1.
Bermula di Padang Matang menyaksikan pasukan Piala Presiden My Team menentang Dream Team Bukit Gantang yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri 1-1.
Seterusnya KJ melawat bengkel motosikal Pemuda BN/ Waziboyz di Bilik Gerakan Induk Pemuda BN, melawat jentera Pemuda BN yang cedera akibat pergaduhan di Sg Petai, Changkat Ibol dan menemui pengundi-pengundi dan melawat peti-peti undi Pemuda.
Gerak kerja ini memberikan peluang kepada Pemuda di peringkat akar umbi beramah mesra dengan Ketua Pemuda baru, khususnya dalam kempen pilihan raya yang melihat semangat setiakawan bagi memastikan kemenangan calon BN, 7 Mac ini.
Gerak kerja ini memberikan peluang kepada Pemuda di peringkat akar umbi beramah mesra dengan Ketua Pemuda baru, khususnya dalam kempen pilihan raya yang melihat semangat setiakawan bagi memastikan kemenangan calon BN, 7 Mac ini.

10:17 AM
Kenapa tidak sudah-sudah membesar-besarkan seorang yang telah terbukti terlibat dengan rasuah. Memenangkan dia sebagai pemimpin pun sudah cukup memberi gambaran bahawa Pemuda UMNO sudah tidak malu dengan perlakuan yang dahulunya dianggap sangat memalukan.
Sesudah menang, diangkat-angkat, dijulang-julang dan dimegah-megahkan. Adakah Pemuda UMNO mahu memimpin negara kita kearah menjadi seperti sesetengah negara di mana rasuah diamalkan secara terbuka?
Bukankah yang benar tetap benar walau dipertikaikan dan yang salah tetap salah walau diselindungkan.
Sudah pasti yang salah tidak bakal menjadi betul hanya kerana dibuat secara terbuka, dibanggakan dan dihebahkan.
11:04 PM
saya bukan membesar-besarkan saudara Khairy.
Sebagaimana PKR boleh memperbesar-besarkan Anwar si kaki 'bontot'... kenapa tidak saya sekadar sokong Ketua Pemuda yang telah menang, 23 Mac lalu.
Saya kena terima hakikat, bahawa KJ dah menang dan menjadi tanggungjawab saya sokong apa yang baik, menyanggah mana yang tidak baik.
Pada saya, saya perlu bagi peluang dan ruang untuk KJ merencanakan dan mencorakkan perjuangan Pemuda.
Itu lebih baik dari terus menolak kepimpinannya.
1:39 AM
Mungkin benar Sahabat-Gunung tidak membesar-besarkan saudara Khairy. Hanya saya berpandangan sedemikian berdasarkan apa yang saya baca dalam laman blog Sahabat-Gunung.
Namun hanya kerana sebuah parti politik lain membesar-besarkan seorang yang dituduh melakukan perlakuan luar tabii, adakah itu memberi hak kepada Sahabat-Gunung untuk berbuat perkara yang setanding dengannya. Maka di mana Sahabat-Gunung meletakkan nilai perjuangan dan kepimpinan Sahabat-Gunung.
Wajarkah ia diletakkan setanding dengan tahap yang dilakukan oleh pihak lain. Atau mungkin lebih wajar Sahabat-Gunung memilih untuk bertindak dari paradigma yang lebih tinggi. Dengan cara ini Sahabat-Gunung sebenarnya memilih untuk memperjuangkan kebenaran berdasarkan kebenaran dan bukan berdasarkan tindak-tanduk pihak lain.
Tidak ada salahnya Sahabat-Gunung menerima hakikat kemenangan KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO. Saya juga terima hakikat yang sama. Saya juga sangat bersetuju bahawa menjadi tanggungjawab Sahabat-Gunung memberi sokongan kepada apa yang baik dan menyanggah apa yang tidak baik. Saya juga mempunyai tanggungjawab yang sama.
Namun saya juga menerima hakikat nahawa KJ telah didapati bersalah terlibat dengan rasuah. Pada saya penglibatan dengan rasuah adalah satu kesalahan yang amat besar. Apabila yang terbukti terlibat itu seorang pemimpin yang boleh mempengaruhi kepimpinan negara, saya tidak boleh berdiam diri.
Saya wajar bertindak dengan cara yang saya mampu, demi untuk menyokong yang baik dan menyanggah yang tidak baik. Seberapa boleh saya akan berusaha untuk tidak memberi ruang untuk perkara tidak baik dari menjadi pilihan.
Pada saya, memberi peluang bermaksud tidak cuba dan berusaha menyekat perkara tidak baik dari tersebar. Maka itulah saya menolak kepimpinan mereka yang sudah terbukti bersalah dan pada saya itu jauh lebih baik dari memberikan sokongan kepada pemimpin yang sudah terbukti terlibat dengan rasuah.
11:55 AM
UMNO ada lembaga disiplin yang akan membincangkan dan menentukan sebarang keputusan dalam sebarang kes disiplin dalam UMNO.
Kalau ada dakwaan lagi, saya yakin KJ akan disiasat dan nasibnya ditentukan lembaga disiplin.... apa masalahnya.
7:31 PM
Lembaga Disiplin UMNO telah mensabitkan bahawa KJ terlibat dengan rasuah. Samaada akan ada dakwaan lain atau tidak dan samaada selepas ini Lembaga Disiplin UMNO akan menyiasat beliau atau tidak bukanlah persoalannya.
Persoalan saya adalah mengapa meneruskan dan mempamerkan sokongan kepada seorang yang sudahpun terbukti bersalah. Bukankah perbuatan rasuah itu satu perbuatan yang salah.
Seorang yang masih kenal baik dan buruk, betul dan salah, akan berasa malu apabila perbuatan salah dan buruk yang dia lakukan diketahui orang lain. Inikah sikap yang ditunjukkan oleh KJ dan rakan-rakan penyokongnya atau sebaliknya.
Mungkin bukan semua, tetapi sebahagian penyokong KJ seolah-olah mendabik dada dengan kemenangan KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO. Bangga dengan seorang ketua dan pemimpin yang telah terbukti bersalah?
Tugas dan tanggungjawab pengikut bukan sekadar mengikut. Pengikut juga dikenali sebagai penyokong. Penyokong memberikan sokongan untuk menguatkan pemimpin.
Jangan menjadi penyokong yang melemahkan pemimpin. Jangan jadi penyokong yang membawa rebah kerana cara sokongan diberi boleh manguatkan dan melemahkan pemimpin dan seterusnya organisasi.
Sokongan kepada pemimpin yang baik akan menguatkan organisasi. Sebaliknya sokongan kepada pemimpin rasuah akan terus merosakkan organisasi.