Media Pembangkang Terdesak Tipu Rakyat, Pemuda Buat Laporan Polis

Penipuan besar! Cukup terdesak untuk menipu rakyat. Inilah gambaran yang boleh diberikan terhadap tindakan sebuah akhbar rasmi parti pembangkang yang membuat imej pertindihan gambar untuk memburukkan imej UMNO khususnya Pemuda UMNO.

Ekoran tindakan tidak bertanggungjawab akhbar terbabit, seorang anggota jawatankuasa Pemuda UMNO Grik membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini Khamis petang.

Suhasni Hayani, membuat laporan tersebut selepas mengetahui gambarnya yang sedang mengoyakkan poster bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, dimanipulasi dan disiarkan dalam akhbar rasmi sebuah parti pembangkang.

Beliau berkata selepas imej pertindihan dibuat, gambar yang disiarkan dalam akhbar terbabit menunjukkan dia sedang mengoyak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ini satu penipuan besar. Saya kesal dengan sikap akhbar berkenaan yang tidak bertanggungjawab membuat imej pertindihan gambar pada poster yang dikoyak dan menyalahguna kebebasan penerbitan akhbar pembangkang yang dibenarkan diterbitkan semula," katanya selepas membuat laporan polis tersebut.

Jelas beliau lagi gambar asal tersebut telah diambil oleh seorang jurugambar ketika UMNO Perak bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri itu mengadakan perhimpunan di Padang Majlis Bandaraya Ipoh pada 9 Februari lalu.

Tambah beliau lagi ketika itu dia mengoyakkan poster Mohammad Nizar bagi menyatakan sokongan mereka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah atas pelantikan Menteri Besar Perak yang baru.

"Malangnya gambar ini telah dimanipulasi. Akibat dari tindakan akhbar terbabit maruah dan kredibilitinya sebagai anggota Pemuda UMNO telah tercalar dan dia seolah-olah menderhaka kepada parti dan pemimpinnya sendiri.

"Saya rasa sangat tertekan kerana dihujani panggilan telefon dan SMS rakan-rakan UMNO yang inginkan penjelasan saya. Jadi saya berharap laporan polis yang dibuat hari ini dapat membersihkan semula nama saya," katanya.

Beliau turut berharap tindakan sewajarnya juga dikenakan kepada akhbar parti pembangkang berkenaan kerana tidak bertanggungjawab membuat penipuan sedemikian rupa.

Sumber: www.pemuda.com.my
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    12:16 AM

    Pembangkang sanggup buat apa sahaja termasuk memfitnah sesama islam untuk kepentingan politik sempit mereka...

Post a Comment