JANGAN PERKECIL PERLEMBAGAAN - HAYATI ASAS SEJARAH

Isu Status Bumiputera

Tindakan YB M. Manoharan (ADUN Kota Alam Shah) untuk mengemukakan cadangan mengenai pembukaan takrifan Bumiputera kepada semua rakyat yang lahir selepas 31 Ogos 1957 adalah suatu usaha memperkecil 'asas perlembagaan'. Pemuda UMNO menganggap cadangan ini sebagai amalan 'cucukan politik' yang juga bertujuan untuk memadam kelemahan YB Kota Alam Shah dalam memberikan khidmat kepada pengundi selama ini.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican berkata, Pemuda UMNO menggesa YB Manoharan untuk memberikan tumpuan khusus kepada pengundi Kota Alam Shah yang sudah dinafikan 'hak' untuk mendapat seorang wakil rakyat yang memberi khidmat selama ini. YB Manoharan tidak perlu terbawa-bawa dengan politik ekstrim dan memperkatakan sesuatu yang tidak selari dengan maksud perlembagaan.

Takrif - 'Bumiputera' atau 'anak negeri' tidak boleh dibuka sesuka hati. Ianya membawa makna yang berkait dengan perlembagaan, perundangan dan konotasi sejarah yang panjang. Manoharan tidak perlu mempersoalkan hakikat itu.

Isu Chin Peng

Dalam masa yang sama, mana-mana pihak yang cuba melakukan 'pemalsuan' sejarah; termasuk mengangkat penjenayah bangsa sebagai 'hero' tidak perlu dilayan. Apakah perlu kita menganggap seorang individu yang melakukan segala kerosakan kepada fabrik sosial dan sistem pentadbiran Negara sebelum ini sebagai 'hero'? Sejarah tidak akan menipu dan membohongi kita. Segala kekejaman dan kerosakan yang dilakukan tidak boleh dihalalkan dengan 'nilai sentimental' apa sekalipun.

Pemuda UMNO menekankan keperluan semua pihak untuk tidak terus-terusan meneruskan amalan 'politik ekstrim' yang mampu membangkitkan rasa kurang senang mana-mana pihak sekalipun. Fokus - dan tumpuan setiap seorang ahli politik seharusnyalah tertumpu kepada khidmat kepada rakyat.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Pemerhati
    8:49 PM

    yang cadangkan Chin Peng balik tu sedara mara dia kot.. apapun pemberontak ni jangan dibenarkan balik... banyak lagi ahli PKM Melayu yang memilih untuk tak nak balik ke Malaysia seperti Rashid Mydin..tak ada masalah pun. Jangan layan pengkhianat negara ni..dah banyak nyawa yang melayang angkara gilanya golongan ini untuk berkuasa. fikirkan.

  2. Anonymous
    12:18 PM

    Layari isu chin pen nak balik Malaysia http://penpusaka.blogspot.

Post a Comment