Kursus Pidato Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui Sekretariat Penerangan dan Komunikasi akan mengadakan Kursus Pidato yang akan dilaksanakan pada 12-14 Jun 2009.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican berkata, kursus ini akan melibatkan wakil Pemuda UMNO dari negeri-negeri. Untuk permulaan kursus ini akan melibatkan sejumlah 60 orang peserta. Kursus ini akan dijalankan di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjong Bidara, Melaka.

Kursus berkala ini akan dijalankan sebanyak tiga fasa bagi membolehkan para peserta mendapat latihan yang mencukupi bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang akan datang.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta teknik dan cara untuk menyampaikan ucapan yang betul. Ianya juga akan memberikan maklumat dan perkembangan terkini tentang isu-isu semasa terutamanya berkaitan politik tanah air.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

5 Komen

  1. Anonymous
    5:35 PM

    Camana aku nak join. Aku skarang kat cawangan di Penaga - Sbg Perai - Penang. Aku pun nak - syarat2 ?

  2. Salam bro, pada pandangan aku yang tak seberapa ni, seeloknya UMNO gunakan saudara Ezam, Hamdan Taha dan yang lain2 sebagai trainer! Mereka adalah pemidato yang hebat! Rugilah UMNO kalau tak gunakan bakat yang ada mereka ni!

    Kita pun nak tgk pemidato hebat dari umno!

  3. Anonymous
    6:45 PM

    pakai ezam?

    nanti bersyarah mcm si kunyit.

    nak buat kursus heboh se kampung?

    bagus ...

    carilah yg cerdik dan ada otak.

    train bercakap.

    cari publicity ke, reezal al fulus wal samun

  4. Anonymous
    12:40 AM

    Askm, pendapat saya kursus ini amat baik dan tepat pada masanya,, cuma kalau boleh bawa bersama dari ahli ahli diperingkat cawangan yang aktif,responsif,serta boleh memberi input permasalahan dari bawah ke peringkat tertinggi contohnya spt isu semasa yang dok bising -bising oleh rakyat jelata.

    Ini kerana kalau setakat ambil peserta dari peringkat negeri yang naik kenderaan mewah, ada 2,3 hp, pakai pakaian branded, ada driver maka alamatnya habis boreh je la... mengapa saya berkata demikian? kerana mereka jenis ini tidak peka dan tidak mengalaminya sendiri, bila kita tidak mengalaminya sendiri, maka isu yang disampaikan semasa ceramah akan tersasar dan tidak menarik minat kepada golongan sasar. kesimpulannya, jemputlah saya..he he he

    add@blogspot.com

  5. Anonymous
    12:15 AM

    hubungi sdr lokman nor adam exco pemuda umno malaysia.beliau merupakan pengerusi unit pidato dan penghujahan umum pemuda umno malaysia serta seorang pemidato yang hebat.

Post a Comment