JANGAN PERTIKAI KONSEP 1 MALAYSIA- KUKUHKAN DULU `1 PEMBANGKANG’: KJ

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berharap agar Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang tidak mempertikai dan mempersoal konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebaliknya Abdul Hadi sepatutnya mewujudkan konsep '1 pembangkang' terlebih dahulu sebelum mempertikaikan gagasan yang dibawa oleh pemimpin negara itu.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin ketika mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung konsep 1 Malaysia yang dianggap gagal menyatupadukan rakyat, beliau menegaskan, tanggapan tersebut disebabkan oleh pemimpin pembangkang berasa terancam dengan gagasan yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

''Kita lihat sendiri pembangkang tiada perpaduan, parti-parti pembangkang sendiri bertelagah antara satu sama lain. Beliau sepatutnya lebih risau tiada `1 pembangkang’ kerana perbalahan di dalam pembangkang amat ketara sekarang nie. Kita tengok perbalahan antara PKR dan DAP di Pulau Pinang hari ni dan dalam masa yang sama beliau menyokong usaha mengadakan kerajaan perpaduan. Namun, Lim Kit Siang tidak setuju dengan usaha tersebut.

Hari ni Dato’ Seri Hadi kata Pas bersedia menjadi pemerintah kerajaan pembangkang, bersedia memimpin kerajaan Pakatan Rakyat tetap saya percaya DAP dan PKR tidak akan bersetuju, malah ketua pembangkang pun daripada Parti Keadilan.

Oleh itu, jangan pertikai konsep 1 Malaysia sekiranya perpaduan dalam pembangkang, ‘1 pembangkang’ pun tak dapat dijayakan. Malah `1 Pas’ pun tidak berjaya, malah Pas pun sudah terbelah dua, ada kelompok ulama dan kumpulan professional ataupun kumpulan Erdogan,” ujarnya selepas merasmikan Kursus Asas Jentera Pemidato Pemuda di ILMU, Janda Baik, Pahang.

Sehubungan dengan itu, Khairy berharap agar Dato’ Seri Hadi untuk tidak mempertikaikan konsep `1 Malaysia’ yang baru nak mulakan, dalam masa yang sama menasihatkan agar Dato Seri Hadi menumpukan usaha penubuhan `1 Pas’ dan `1 Pembangkang’ yang dilihat retak dan berpecah pada ketika ini kerana haluan perjuangan berbeza antara satu sama lain pada hari ini.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

5 Komen

  1. ini blog suara kj ke??? he he he

  2. Tahniah atas kekalahan Husam...
    comment & follow blog aku kat www.sd-malaysia.blogspot.com

  3. Nie bukan blog suara KJ, tapi blog yg akan menyampaikan suara Pemuda UMNO, tidak kira siapa pun Ketua Pemudanya.

    Buat masa ini, tiada lagi kem Berani Berubah, Pemuda Berani dan setiakawan... yang ada hanyalah kem Bersatu-Bersetia-Berkhidmat.

    marilah kita bersama-sama bekerja untuk kem Bersatu-Bersetia-Berkhidmat.

  4. DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

    http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

    YE KE BRO? HE HE HE....

  5. Teruskan Berusaha!

    ada masa, lawati: umno-malaysia.blogspot.com

Post a Comment