PINJAMAN KHAS BUAT YANG TIDAK BEKERJA TETAP

Hari nie, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek umum Kerajaan sedia mengkaji kemungkinan mewujudkan skim pinjaman wang untuk golongan yang tidak mempunyai kerja tetap bagi mengelak golongan itu meminjam dengan ah long.

Skim pinjaman yang sedia ada kebanyakannya adalah untuk pekerja tetap dan ingin membuka perniagaan sahaja. Ketika ini tiada skim tertentu bagi membantu golongan tidak bekerja tetap, justeru kerajaan perlu melihat satu skim khas untuk membantu mereka.

Perancangannya bagus, namun pelaksanaannya juga kenalah bagus dan berkekalan. Jangan sedap mulut bercakap kepada media untuk membantu, tapi pelaksaannya kabur dan tidak benar-benar membantu meringankan beban rakyat golongan pertengahan ini.

Jangan jadi mcm pinjaman Tekun, pinjaman Tabung Pembangunan Ekonomi Belia (TPEB) dan yang seangkatannya... orang pinjam along sebab Tekun dan TPEB dah tak mampu bagi pinjaman dan benar-benar membantu mereka yang memerlukannya.

Buat mereka-mereka yang dah dapat pinjaman tu, janganlah plak `buat-buat' lupa nak bayar pada masanya. Ini semuanya akan menyukarkan pinjaman orang baru yang benar-benar memerlukannya.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

  1. Tabung pinjaman untuk Mat Rempit la tu.
    Idea sekadar nak buat lubang agar duit kerajaan tirih. Kemudian tahan timbalah kat tempat tirih tu.
    Dah tentu habis adik beradik dia buat pinjaman. Tak perlu bayar sebab tak ada pendapatan tetap. Ada kala 10 juta ketika merosot dapat sejuga saja, tak tetaplah tu.
    Akhirnya wang rakyat lesap begitu saja.

Post a Comment