‘SPM: WUJUDKAN KELONGGARAN PENGAMBILAN SUBJEK LEBIH DARIPADA 10’

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ingin mengusulkan agar usaha Kementerian Pelajaran Malaysia menghadkan pengambilan subjek di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diperhalusi semula.

Berdasarkan maklum balas dan maklumat yang GPMS perolehi – wujud kalangan ibubapa/pelajar yang beranggapan tindakan ini mampu membataskan ‘potensi sebenar’ mereka yang benar-benar berkemampuan.

Presiden GPMS, Dato' Reezal Merican Naina Merican berkata, di kalangan pelajar yang mengambil aliran agama misalnya – secara ‘sistemiknya’ akan pastinya mengambil lebih daripada sepuluh subjek.

Di kalangan mereka ini, walaupun mengejar kecemerlangan dalam bidang agama, namun mempunyai cita-cita dalam bidang berbeza (dibuktikan oleh Duta GPMS, Adik Nik Nur Madihah yang ingin mengambil jurusan – Kimia).

Apakah kita mahu sistem membataskan kemampuan dan potensi pelajar yang sedia ada? GPMS beranggapan ‘sistem terbuka’ masih wajar dikekalkan – dengan sedikit perubahan dan penambahbaikan.

GPMS juga berpendapat dengan mengkaji semula jumlah subjek teras – dengan maksud mengurangkannya akan mengundang kesan sampingan. Untuk rekod, bagi aliran kemanusiaan, subjek teras adalah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/Moral, Matematik dan Sejarah.

Makanya, GPMS merasakan tidak wujud keperluan subjek teras ini dirubah kerana kesemuanya mempunyai sebab tersendiri untuk dikekalkan.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. tapi kita pon kena beringat jugak... sekarang ni nampak macam orang dok sibok kejar berapa A yang dorang leh dapat. sibok dok susun A dalam slip dorang.. mak bapak pon sibok dok canang sana sini anak dapat 21 A.. tapi, bl masuk pasaran keje, hampeh jerk! (bukan semua k)... kita kena ingat bukan kuantiti yang dicari tapi kualiti yang perlu diutamakan... barulah selaras dengan gagasan minda kelas pertama, modal insan dan etc... pengukuran umat dan insan berkualiti bukan terletak pada berapa banyak subjek yang dia ambil tapi dinilai daripada bagaimana dia berhadapan dengan sepak terajang dunia. apalah guna kalau dapat 100 A sekalipun tapi bila time mengundi, nama takde pon daftar jadik pemilih. buang masa jerk belajar pandai2!!!

Post a Comment