Laporan Pemuda LP terhadap Naib Ketua PKR Lembah Pantai







Petang tadi, aku sempat bersama-sama sahabat AJK Pemuda Lembah Pantai yang diketuai saudara Zailani Abu Bakar, Naib Ketua Pemuda UMNO Bhg lembah Pantai bersama barisan AJK Pemuda UMNO Lembah Pantai membuat laporan polis terhadap Naib Ketua PKR Lembah Pantai berhubung dakwaannya yang mengatakan kebakaran di Bukit B, Kg Kerinchi adalah perbuataan sabotaj pihak-pihak tertentu.

Ini merupakan satu tuduhan jahat dan mempunyai kepentingan peribadi kerana semenjak menjadi wakil rakyat di parlimen Lembah Pantai, apa yang PKR perjuangkan untuk kepentingan rakyat di Lembah Pantai.

Kini bila ada satu-satu kes sebegini, mulalah PKR nak tunjuk baik, tunjuk muka sedangkan selama ini, takde apa pun yang mereka buat untuk kepentingan kita bersama.

Aku tak nak komen banyak-banyak, aku akan menyokong tindakan dan dakwaan PKR sekiranya Naib Ketuanya itu dapat membuktikan bahawa wujud unsur sabotaj sebagaimana yang diperkatakannya.

Jangan hanya menuding jari…. Jangan cuba nak ambil kesempatan… awak pun tak tinggal situ, macammana tiba-tiba awak tahu yang ada orang yang bakar dan membuat kesusahan pada orang lain.

Dalam masa yang sama, aku harap PKR dapat bersama-sama membantu mangsa-mangsa kebakaran ini, bukannya mencari kesalahan orang lain. Sama-sama berbakti, lagipun Nurul Izzah kena buktikan janji-janji pada PRU lalu, bukanlah janji-janji kosong.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment