Dah 2 hari aku bermastautin di MU nie.... Suasana kampong, suasana yang agak mendamaikan walau hakikat sebenar, medan perjuangan yang pasti akan mendebarkan dalam masa 24 jam lagi dari sekarang.
Suasana masih tenang, kedua-dua menyokong parti masih rasional dan matang dalam menghadapi situasi di sini.
Cuma apa yang nak aku kongsikan dalam 24 jam aku berada di sini, ada buah yang boleh menyatukan kita semua di sini.... DURIAN, mewarnai suasana di MU nie, di kiri kanan jalan, di ceruk-ceruk kampung, buah durian pasti akan menjadi perhatian.
Tidak terkecuali di depan port aku, brother kedai minum pun dah mula aktif dalam penjualan buah durian di gerainya. Boleh tahan.....

Satu lagi yang menarik perhatian aku.... poster dan sentiment terhadap Nik Aziz digunakan sepenuhnya oleh PAS untuk menarik sokongan pengundi terhadap calon PAS....
Ada kalanya, aku beranggapan Nik Azizlah yang menjadi calon di MU nie... Gambar Nik Aziz berdoa dijadikan senjata paling hebat digunakan, sepanjang jalan...di semua pusat UPU PAS.... `Nik Aziz berdoa’.
Adakah ini akan mengugat suasana kempen di MU nie?
Malah sudah ada yang menyebarkan dakyah kononnya melihat gambar wajah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sudah boleh mendapat pahala.
Dalam masa yang sama, pengerusi BN Kelantan, Tok PA menasihatkan orang ramai jangan terpedaya dengan dakyah mengelirukan tersebut kerana tidak ada nas dalam al-Quran atau hadis yang menyebut hanya dengan tengok wajah seseorang itu akan mendapat pahala.
Katanya, pahala hanya akan diperoleh melalui tingkah laku serta perbuatan yang baik dilakukan oleh umat Islam dan sekiranya ada yang beranggapan seperti perbuatan tengok wajah dapat pahala, ia adalah ajaran sesat.

0 Komen
Post a Comment