Ramai penyokong muda Pas mula mendekati UMNO dan menyatakan kesediaan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai. Ia berpunca daripada beberapa krisis yang timbul sebelum ini dalam kepimpinan parti itu yang menyerlahkan wajah buruk mereka, tidak seperti yang dilaung-laungkan. Menurut beliau, mereka yang kecewa dengan perkembangan itu telah sedar bahawa wadah perjuangan sebenar mereka hanya dapat diterjemahkan melalui UMNO. Bilangan mereka bukan kecil dan ia perkembangan yang amat serius dan membimbangkan bagi Pas. Puncanya ada hubung kait dengan krisis kepimpinan teruk yang berlaku dalam parti itu baru-baru ini dan masih lagi berlaku sekarang. – (Kenyataan Khairy Jamaluddin di Pusat Operasi BN, 6 Julai 2009)

10:40 PM
Mengikut pungutan suara/poll serta reaksi penduduk-pendududk Manek Urai semasa penamaan calon PRK pada 06-07-09(Isnin) harapan BN untuk memenangi kerusi Manek Urai semakin cerah. Ini amat membimbangkan penyokong-penyokong PAS, setelah PRK di Penanti, PAS tidak bertanding, maka di Manek Urai, PAS akan melakukan apa saja untuk menafikan kemenangan BN. Oleh itu penduduk penduduk Manek Urai dinasihatkan supaya:
1] Kad pengenalan adalah harta anda yang paling penting. Tanpa kad pengenalan anda tidak dibenarkan mengundi.
2] Simpan kad pengenalan anda ditempat yang selamat. Jangan diberi simpan kepada sesiapa pun walaupun orang itu yang paling rapat dengan anda.
3]Jika ada pihak yang menawarkan wang ringgit untuk menyimpan kad pengenalan anda secara sementara. Jangan terima. Laporkan segera kpd polis. Jika boleh dapatkan sedia bukti gunakan handphone untuk merakam peristiwa tersebut.
4]Jika ada pihak memberi anda wang ringgit secara tidak langsung supaya mengundi parti mereka. Terima saja wang tu tapi jangan undi mereka. Nilai anda tidak boleh dijual-beli.Lapor kepada polis.
5] Jika anda syak sesiapa saja yang mempunyai kad pengenalan lebih satu atau mengundi lebih dari satu tempat , lapor kan segera kepada Polis.
6] Jika anda melihat perbuatan rasuah politik berlaku ditempat anda . Laporkan terus kepada polis.
7] Awas, UMNO parti rasuah. Jangan biarkan diri anda terperangkap dan terpedaya.
Selamat Mengundi