
Tenggahari aku, aku mendapat sms dari sahabat-sahabat bahawa MP Kapar, S. Manikavasagam beserta 2 ADUN PKR Kedah akan mengadakan sidang media khas di sebuah hotel di Shah Alam pada jam 2....
Terdetik di hati aku, mungkin 3 manusia ini akan keluar PKR sebagaimana desas-desus yang mengatakan lebih ramai ahli dan pemimpin PKR termasuk wakil-wakil rakyatnya akan keluar parti.....
Kelam kabut aku dari KL menuju ke Shah Alam.... sampai sahaja di sana, aku jumpa sahabat-sahabat media yang sudah setia menanti, namun menurut pengawal keselamatan bahawa pihak hotel tidak mendapat apa-apa tempahan atau apa-apa persediaan mengenai sidang media khas tersebut.
Agghhh, kena kencing kitaorang.... dalam masa yang sama, sahabat-sahabat press cuba menghubungi S. Manikavasagam namun gagal..... Cuma Nik Sue sahaja yang dapat meghubungi S. Manikavasagam dan menurutnya, dia tidak bercadang buat apa-apa sidang media kerana belum masanya.....
Siapa punya kerja nie? Dalam masa yang sama, ada sahabat-sahabat mengatakan bahawa apa yang terjadi ini adalah kerana tekanan pihak-pihak tertentu, senang kata ada gangster yang menghalang sidang media tersebut....
Pada aku, Malaysia ada undang-undang, kenapa S. Manikavasagam perlu takut pada desakan atau tekanan dari mana-mana gangster, teruskan sahajalah atau dia ada perancangan tersendiri. Mungkin....mungkin....mungkin..... dia masih belum berpuas hati membelasasah Khalid Ibrahim dalam PKR.... mungkin dia mahu terus ‘membersihkan PKR dari dalam’....mungkin.....

2:26 AM
Gangster DAP atau Hindraf?
Stop the apostate