2100 Perwakilan Dijangka Akan Hadiri Konvensyen BN, 28 November Ini- Tengku Adnan

** Sekadar Gambar Hiasan**


Selepas kali terakhir mengadakan Konvensyen pada 1995, Barisan Nasional akan mengadakan Konvesyen Barisan Nasional pada 28 November 2010 di Wisma MCA dengan tema ‘1People, 1Nation, 1Vision’, ujar Setiausaha Agung BN, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.

Lebih kurang 15 tahun tidak mengadakan Konvensyen, apa yang telah diputuskan oleh Pengerusi BN, tahun ini kita akan mengadakan Konvensyen. Kita juga telah menetapkan bahawa tahun ini kita ubah tempat, kita akan adakan di Dewan San Choon, Wisma MCA.

Banyak yang tertanya-tanya, mengapa kita adakan di Wisma San Choon dan bukannya di PWTC, saya nak beritahu bahawa kita ini satu barisan yang mantap. Barangkali tahun ini kita buat di Wisma MCA, pada masa akan datang kita boleh laksanakan di Bangunan MIC, Gerakan atau mana-mana kompenan BN yang lain. Kita tukar tempat pun jadi masalah,” ujarnya kepada pemberita bagi menjelaskan mengenai Konvensyen BN di Wisma MCA pagi tadi.

Tambahnya, pertukaran tempat ini bukanlah satu masalah yang besar sebaliknya ia membuktikan bahawa BB adalah satu barisan yang mantap dan parti yang berstruktur yang kuat dan berakar umbi.

Dalam pada yang sama, sebelum Konvensyen diadakan pada 28 November, BN juga akan mengadakan Jamuan Perdana 1BN, akan dihadiri oleh perwakilan yang diadakan di Seri Perdana pada 27 November.

“Kita telah menjemput perwakilan dari tiga belas parti kompenan BN, termasuk `Friends Of BN’ serta beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Kita jangkakan seramai 2100 akan menghadiri Konvensyen ini. Konvensyen ini akan dirasmikan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak,” ujarnya yang juga Setiausaha Agung UMNO.


Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment