BN akan adakan Konvensyen BN, selepas kali terakhir dibuat pada tahun 1995. 15 tahun berlalu, jika kali terakhir dibuat, Anwar Ibrahim masih berada di dalam BN, kali ini dia bukan lagi TPM atau Timbalan Pengerusi BN sebaliknya Ketua Pembangkang.
Lama betul.... Adakah ini tanda PRU akan diadakan tidak lama lagi. Pada aku, ia sekadar bayangan bahawa PRU akan dibuat.
Ketika ditanya wartawan sewaktu Sidang Media pagi tadi, SUA BN, DS Tengku Adnan Tengku Mansor menjawab :
"Itu terpulang, itu u punya spekulasilah. Barangkali ..... " .
Hakikatnya, PRU akan tetap diadakan tidak lebih dari 773 hari, 10 jam, 1 minit dan 35 saat di kala aku menulis waktu ini ..... Oleh itu, kita sama-samalah gerakkan diri kita, gerakkan jentera kita dan kita satukan barisan kita untuk bersedia, bila sahaja Datuk Seri Najib meniupkan 'Semboyan Perang', kita tak perlu lagi terhegeh-hegeh baru nak bersedia.....
Selamat Berjuang ...........
0 Komen