Apa !!!! Ali Rustam Setiausaha Agung UMNO.....?


Seperti yang aku katakan sebelum ini, aku hendak analisis sikit relevan atau tidak nama yang disebut seorang rakan wartawan..... nama yang dijangka akan dilantik menjadi Setiausaha Agung UMNO yang baru bagi mengantikan Tengku Adnan yang dilaporkan akan dilantik sebagai Menteri Penuh tidak lama lagi....

Hebat betul spekulasi-spekulasi yang bermain di bibir pemerhati-pemerhati politik selain menjadi ramalan rakan-rakan wartawan sejak akhir-akhir ini, khususnya selepas PRK Galas dan Batu Sapi ....

Datuk Seri Ali Rustam- nama yang dikatakan akan jadi SUA..... bukan aku nak nafikan kewibawaan beliau, tetapi bagi aku beliau belum layak sebagai Setiausaha Agung UMNO selagi beliau masih Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Melaka....

Sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi UMNO Melaka, sudah pastilah beliau akan sibuk dengan gerak kerja UMNO dan BN Melaka khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke13 kelak....

Bagilah peluang dan ruang kepada Datuk Ali untuk terus berkhidmat kepada rakyat Melaka.... Beliau telah membuktikan sepanjang pentadbirannya, Melaka benar-benar menjadi Melaka Maju. Pembangunan yang berlaku di Melaka sungguh luar biasa.... oleh itu, baiklah UMNO mencari calon lain kalaulah benar spekulasi sebelum ini bahawa Datuk Tengku Adnan akan mengosongkan kerusi SUA sekiranya beliau dilantik Menteri Penuh kelak......

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Anonymous
    2:13 PM

    Orang yg didapati rasuah jadi SUA amatlah siol utk UMNO dia nie sama juga dengan Kitol harus dicampakkan kedalam tangki kumbahan.

  2. Datuk Ali skarang sgt2 rajin turun bjumpa masyarakt..penuh aktivitinya..

    stuju dgn penulis,lebih baik difokuskan ke Melaka,kerana apa yg diperhatikan,sudah banyk ceramah2 parti pembangkang di Melaka..

    mungkin nak rampas negeri Maju ini di PRU..

Post a Comment