Banjir: Rakyat Perlis Nikmati Pemotongan RM20 Bil Air

Alhamdulillah…… Penduduk Perlis akan menikmati potongan RM20 dalam bil air bagi bulan November ini ihsan daripada kerajaan negeri Perlis bertujuan meringankan beban mereka membersihkan premis masing-masing selepas dilanda banjir awal bulan ini.

"Mereka yang tak terjejas banjir turut menikmati potongan itu kerana mereka juga terbabit dalam kerja membantu mangsa banjir," kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Ketika banjir memuncak awal bulan ini, lebih 15,000 penduduk Perlis dipindahkan ke 57 pusat pemindahan yang menyaksikan Perlis mengalami kerugian besar akibat kerosakan yang berpunca daripada banjir. Antara yang rosak ialah bangunan dan jalan selain kerugian yang dialami oleh sektor pertanian.

Moga dengan langkah kerajaan `Perlis Prihatin’ ini, akan meringankan beban penduduk Perlis.... Kami turut bersimpati.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.