Harga Dan Kualiti Padi: Noh Sedia Jelaskan Kepada ADUN Selangor

Adalah tidak adil pada hari Selasa, 9 November lalu, Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor membangkitkan isu harga dan kualiti padi yang rendah, dan dijawab oleh Exco Pertanian Negeri Selangor yang tidak tahu menahu mengenai perkara berkenaan dan membidasnya, ujar Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Sehubungan dengan itu, beliau bersedia bertemu dan berdailog secara terbuka dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi memperjelaskan isu berkenaan termasuklah insiden ADUN Sekincan dipukul

“Saya telah menulis surat kepada Y.A.B Menteri Besar untuk menentukan tarikh dan tempat dengan notis dua minggu untuk perjumpaan tersebut. Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, saya bertanggungjawab terhadap isu tersebut dan bersedia untuk bersemuka dengan ADUN Selangor semua. Berikan saya peluang itu daripada membidas saya secara melulu,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor.

Dalam isu kualiti padi angin, beliau hairan mengapa 80 peratus pesawah dapat capai hasil 8 tan sehektar dengan potongan di bawah 20 peratus sahaja kerana daripada rekod kementerian cuma seorang sahaja yang dikenakan potongan 30 peratus dan seorang 36 peratus.

“Jangan hanya kerana dua tiga orang, hasil padi di Barat Laut dikira tidak berkualiti. Semak fakta jangan main hentam. Ingin saya jelaskan bahawa padi angin bukan kerana masalah benih padi tetapi cara pengurusan sawah yang tidak betul.

Masalah harga padi yang tidak menentu bukan soal kementerian.Kementerian cuma meletakkan syarat harga minima. Apa yang berlaku adalah berdasarkan kehendak pasaran namun saya sedia memberi lesen kepada mana-mana syarikat yang sanggup beli padi dengan harga RM2,000 satu tan,” tambahnya yang menunggu kesediaan ADUN Selangor untuk berdialog dengannya

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment