Tubuh Makmal Belia Negeri Untuk Jana Inovasi Kaum Belia- Jamawi

TENOM: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tenom menyarankan agar kerajaan negeri dapat menubuhkan Makmal Transforsmai Pembangunan Belia di Negeri ini bagi menggalakkan bolongan muda membudayakan inovasi

Ketuanya, Jamawi Jaafar berkata walaupun di peringkat pusat makmal seperti ini sudah pun ditubuhkan namun terdapat keperluan untuk menubuhkan makmal serupa di negeri ini bagi melakukan kajian mengenai program pembangunan belia yang perlu dilaksanakan untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri untuk diambil tindakan susulan.

“Sesuai dengan bajet kerajaan negeri yang dibentangkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman pada jumaat lepas yang menambahkan peruntukan untuk program belia, berjumlah RM 210.81 juta adalah wajar makmal ini ditubuhkan bagi mencari satu keadah serta resolusi agar peruntukan tersebut memberikan manafaat sepenuhnya kepada belia di negeri ini sesuai dengan aspirasi serta keperluan mereka” katanya ketika dihubungi di sini pagi kemarin dan diminta mengulas bajet kerajaan negeri yang dibentangkan oleh Musa yang juga Menteri Kewangan di Dewan Undangan Negeri pada petang Jumaat lepas.

Tambah Jawawi yang juga EXCO pergerakan Pemuda Umno Malaysia antara yang akan mengambil bahagian dalam makmal itu, selain daripada wakil kementerian ,jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan belia, pemimpin-pemimpin muda belia, yang boleh berbincang dan mengeluarkan pandangan serta idea mereka untuk menjana bersama proses tranformasi pembangunan belia di negeri ini.

“Di peringkat Pusat kita sudah ada makmal seperti ini, namun kewajarannya perlu ditubuhkan di peingkat negeri kerana persekitaran, pemikiran serta keperluan kaum belia di negeri ini mungkin berbeza dengan golongan belia di Semenanjung “ tambah Jamawi.

Katanya, makmal Belia ini berperanan sebagai sumber rujukan kerajaan untuk melaksanakan program pembangunan belia agar peruntukan yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan ini tidak sia-sia dan peruntukan yang ada memberikan manafaat sepenuhnya kepada golongan sasaran.

Sambil mengucapkan terima kasih dan pengharagaan kepada kerajaan Negeri terhadap bajet yang dianggap menjana pembangunan untuk semua lapisan rakyat ini, Jamawi menambah peruntukan tambahan hingga mencecah RM 1 Juta di setiap kawasan DUN membolehkan proses pembangunan dipercepatkan khususnya di kawasan luar Bandar di negeri ini yang masih memerlukan pembelaan dari kerajaan dalam menyediakan pembangunan insfrastruktur untuk kesejahteraan rakyat

Tambah beliau lagi peruntukan sebanyak RM100 ribu untuk kebajikan juga diharapkan dapat membantu meringankan beban rakyat khususnya di beberapa buah daerah di negeri ini yang terlibat dengan banjir yang telah memusnahkan harta benda disamping menjejaskan sumber pendapatan mereka seharian.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment