Kelakuan Pemimpin Pembangkang Lebih Teruk Dari “Monyet”

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim menyelar tindakan pemimpin DAP yang menggelar peserta demonstrasi di negeri itu baru-baru ini sebagai “monyet”.

Jelasnya pemimpin DAP sepatutnya mencerminkan diri mereka terlebih dahulu sebelum membuat gelaran tersebut.

Ini kerana katanya perbuatan pemimpin DAP dan rakan pakatan mereka di Dewan Rakyat lebih buruk dari gelaran yang dilemparkan kepada peserta demonstrasi.

“Ini cara biasalah…..cara DAP, Pas dan PKR tapi yang lebih monyet saya lihat cara mereka bergerak di Dewan Rakyat lagi teruk…saya tak hairan mereka pandai menggelar orang tapi kerja mereka sendiri mereka tak nampak.

“Kalau tengok cara depa berdemonstrasi dulu lagi teruk”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Shahbudin Yahya berkata salah seorang penyokong demonstrasi yang mengoncang pintu pagar pada Selasa lalu itu adalah anggota Pas dan bukannya anggota UMNO seperti yang dituduh oleh pemimpin DAP yang juga ADUN Seri Delima R.S.N Rayer.

Menurutnya, orang yang bernama Ariff Ibrahim yang mengaku dirinya sebagai anggota Pas telah mengoncang pintu pagar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ketika demonstrasi minggu lalu.

Beliau berkata Rayer telah mengelar orang yang mengoncang pintu pagar itu sebagai seekor monyet UMNO tetapi rupa-rupanya itu adalah anggota Pas.

“Itu bukan monyet UMNO, itu monyet Pas kerana Ariff telah mengaku kepada sebuah surat khabar tempatan baru-baru ini bahawa beliau adalah ahli dari parti Pas,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Rayer dapat meminta maaf kepada semua anggota UMNO kerana membuat tuduhan palsu. -Al-Kamarol/MediaUMNO

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. erks? DAP cakap orang PAS monyet? hehehe..
    tu sebab kena belajar bahasa Melayu baru boleh paham pepatah Melayu yang berbunyi:

    "Cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar." kan dah silap tembak. LOL
    Aku Yang Bingai
    Satu Ahli Satu Undi di TendangTerajang

  2. Confirmlah PAS terkangkang kat Penang PRU depan. Masa tu barulah nak ngaku Melayu, nak jadi pejuang balik. Bodoh kena main dgn DAP je bangang2 ni.

    Minta tolong sebarkan artikel ini tuan, buat renungan umat agar hentikan kegilaan berpolitik,

    51 orang yg dah tinggalkan Anwar: nama besar, sahabat baik, pemimpin tinggi & individu dihormati

Post a Comment