Kenapa Jawatan Ketua Umum PKR Tiada Pertandingan?

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr. Chandra Muzaffar melabelkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang tidak demokratik sebagaimana yang selalu disebutkannya.

Soalnya, bagaimana seorang individu yang tidak dipilih secara terbuka boleh mendapat kuasa dan menjadi pemimpin tertinggi dalam satu parti?

“Semua sedar bahawa orang yang paling berpengaruh dalam PKR adalah Anwar dengan jawatannya sebagai Ketua Umum tetapi jawatan tersebut adalah sesuatu yang luar biasa kerana dimana-mana parti strukturnya adalah jelas dengan Presiden yang mempunyai kuasa,” katanya kepada umno-online.com.

Jelasnya lagi, setiap parti mesti mempunyai susun lapisnya sendiri yang umumnya terdiri dari Presiden di peringkat tertinggi dengan diikuti oleh Timbalan, Setiausaha Agung dan seterusnya ke jawatan-jawatan lain.

“Semasa saya berada dalam PKR, tidak wujud jawatan Ketua Umum sama ada dalam perlembagaan parti atau mana-mana struktur dalam organisasinya.

“Semasa saya berada dalam PKR, tidak wujud jawatan Ketua Umum sama ada dalam perlembagaan parti atau mana-mana struktur dalam organisasinya.

“Apa yang menghairankan, bilakah wujudnya jawatan tersebut atau siapa yang melantik dia (Anwar), bagaimana proses pelantikan dibuat dan bagaimana dia boleh menduduki jawatan itu dan berkuasa lebih dari Presidennya,” katanya.

Chandra yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST)adalah antara pengasas awal PKR bersama-sama dengan Presidennya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada tahun 1999.

“Jawatan Ketua Umum tidak sepatutnya wujud dalam mana-mana organisasi atau mana-mana pengurusan sama ada parti politik atau pentadbiran kerana biasanya pengurusan akan dilakukan secara terus oleh Presiden yang mempunyai kuasa penuh dengan dibantu oleh barisan kepimpinannya,” katanya yang juga terlibat secara langsung dalam melakukan draf falsafah penubuhan PKR.

Justeru katanya, ini adalah satu bukti yang ketara bahawa Anwar tidak mengamalkan demokrasi dalam menentukan kuasanya dalam PKR sendiri.

“Ini jelas bahawa Anwar menggunakan retorik dalam menentukan hala tuju politiknya tanpa memikirkan kepada struktur dan organisasi yang dibentuk dari awal.”

Pentadbiran PKR semakin caca marba dengan pelbagai kepincangan terserlah ditambah pula dengan pemilihan pimpinan di peringkat Cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) 2010 yang kucar-kacir -Ropikah/MediaUMNO

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment