Melayu Mangsa Kepada 1 Malaysia

Hari ini, kita dimaklumkan bahawa Penolong Pengarah Biro Tata Negara Wilayah Persekutuan Hamim Husin telah digantung tugas berkuatkuasa 6 Okt lepas selain diberikan amaran kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dalam satu majlis anjuran Puteri UMNO pada 27 September lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, selain Hamim, dua lagi penjawat awam turut dikenakan tindakan iaitu pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, Johor dan pengetua Sekolah Menengah Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah berkaitan tindakan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Mohamed Nazri bagaimanapun tidak menyatakan tempoh penggantungan daripada menjalankan tugas ketiga-tiga penjawat awam itu semasa menjawab pertanyaan Datuk Wee Jeck Seng (BN-Tanjong Piai) yang ingin tahu jumlah pegawai kerajaan yang diambil tindakan tatatertib kerana menyentuh isu perkauman di Malaysia.

Mana keadilan? Jika pegawai atau orang Melayu, cepat sahaja tindakan diambil....bagaimana pula Namewee, bagaimana dengan budak-budak yang melempar cat ke sebuah surau baru-baru ini. Bagaimana dengan wartawan Malaysia Insider yang menceroboh masuk ke program Puteri UMNO....Bagaimana dengan FB `Melayu Babi' yang mana aku sendiri membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi.

Dibiarkan terus bebas tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang.....

Apakah ini kompromi atau satu bentuk penindasan kepada Melayu. Tepuk dada, nilai sendiri.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Anonymous
    11:43 PM

    Nazri ni ada batu ke atau jenis yg anuar minat. Kalau orang melayu tak kuat bela melayu, kata melayu tak ada semangat kemelayuan, cerita pasal melayu di hukumnya. Bodoh

  2. Anonymous
    9:29 AM

    SAH LA CIKGU SEMUA AKAN PANGKAH PEMBANGKANG...HAHAHA

Post a Comment