Sohaimi Shahadan Ketua Pemuda UMNO Selangor?

Apa!!!! Sohaimi Shahadan akan dilantik sebagai Ketua Pemuda Selangor? Ini adalah maklumat yang aku perolehi daripada sahabat blogger RBF.


Pada pandangan peribadi aku, tak payahlah....Sohaimi pun EXCO Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PPUM.


Tugas dia dah banyak. Takkan Pemuda Selangor dah ketandusan pemimpin muda sampai tak de orang lain yang sesuai untuk menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Selangor ini......


Takkan nak buang Suhaimi, kena ganti dengan nama Sohaimi juga....Namanya sama, ejaan dan bunyinya sahaja yang berbeza.....


Di Selangor, ada ramai lagi Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang tidak berjawatan EXCO..... Biarlah jawatan Ketua Pemuda UMNO nie terdiri dari mereka yang mempunyai masa dan tenaga untuk mengerakkan jentera Pemuda Selangor yang memang lesu sejak kebelakangan ini.....


Heiiii.....Selangor nie negeri di bawah Kerajaan PR..... Kalau kata nak rampas semula Selangor nie, kenalah ada pemimpin Pemuda yang hebat, yang ada masa dan keupayaan untuk mengerakkan jentera Pemuda.


KJ, carilah nama lain yang lebih sesuai....Sohaimi Shahadan bukan tak bagus, bukan tak mampu..... tapi ada nama lain yang lebih sesuai....


Pada aku, nama-nama seperti Ungku Salleh Ungku Jamal, Ketua Pemuda Serdang & Safarizul Mustaffa, Ketua Pemuda Ampang juga apa salahnya.... Kalau tak nak dua nama nie, Budiman Sg Besar apa kurangnya....


Ketua Pemuda Bahagian aku.....Mahmud Karim juga ada kelebihan tersendiri.


Yang penting sekarang, Pemuda Selangor perlu ada jeneral perang yang hebat dan berani untuk mengetuai bala tentera yang hebat untuk merampas kembali Selangor....


Sori, aku bukan nak nafikan Suhaimi Ghazali, Ketua Pemuda UMNO Selangor sekarang tapi apa yang nak aku katakana, kepimpinan Suhaimi sekarang nie kurang ummmmpphhh untuk merampas kembali Selangor..... Mungkin dia ada kelebihan lain yang tidak ada pada orang lain.....

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    9:36 AM

    SOHAIMI SHAHDAN....HAHAHAHAHA...MASALAH UMNO NI KALAU ORANG TU DAH ADA JAWATAN PAKAT NAK BAGI LAGI..NAK BAGI REBAH...

Post a Comment