Turun Padang! Bertemu dan cuba selesaikan masalah rakyat agar mereka tahu BN merupakan satu-satunya parti yang terus berjuang untuk kepentingan rakyat.
Itulah amaran dan pesanan yang disampaikan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan 2010 di Dewan Wawasan, Menara PGRM pagi tadi.
Muhyiddin berkata, urusan untuk menggerakkan program parti ke peringkat akar umbi adalah tanggungjawab bersama kerana ia juga merupakan langkah persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Saya cadangkan semua parti komponen parti turun lihat keadaan yang ada di bawah, cari jalan penyelesaian masalah mereka dan ambil tindakan yang lebih sesuai untuk bantu rakyat. Ini supaya mereka tahu bahawa BN adalah satu-satunya parti yang terus memperjuangkan kepentingan mereka dan akan menjamin masa depan mereka yang lebih baik lagi,".
Dalam masa yang sama, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN sendiri akan turun ke setiap negeri untuk memastikan setiap masalah yang dihadapi rakyat dapat diselesaikan sebelum pilihan raya umum akan datang.
2:28 PM
turun, jangan tak turun. kalau tak aku pangkah lain, hehehehehehe............
9:46 PM
Okey Raveneye.... Kita turun. Macammana, best tak study kat UiTM. Kena tahu gak UiTM yang dulunya ITM juga merupakan satu usaha kerajaan untuk membantu pelajar2 Bumiputera khususnya pelajar-pelajar Melayu