Badrul Fail Saman Deklarasi Sebagai ADUN Pelabuhan Kelang


Badrul Hisham Abdullah hari ini memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di sini untuk mendapatkan deklarasi bahawa beliau masih sah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang .

Beliau juga mahukan deklarasi bahawa pengumuman Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim bahawa kerusi tersebut kosong adalah tidak sah.

“Speker mempunyai niat jahat kerana mengetahui saya mengalami masalah kesihatan yang berlanjutan dan tidak dapat menghadiri Dewan Undangan Negeri Selangor Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga pada 8 November hingga 16 November 2010 kerama mendapatkan rawatan perubatan malah tuan speaker telah sedia maklum berkenaan masalah tersebut apabila surat yang saya hantar telah diakui terima oleh Tuan Speaker pada 10 Disember 2010 tentang ketidakhadiran saya pada sidang DUN tersebut.

Namun pada 21 Disember 2010, melalui suratnya kepada saya, dia enggan menerima alasan saya dan memutuskan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Kelang yang saya sandang,” ujarnya kepada wartawan selepas menfailkan saman deklarasi bersama Peguam, Mohd Hafarizam Harun.

Dalam saman deklarasi tersebut, beliau memohon agar perisytiharan bahawa beliau masih lagi ADUN N46 Pelabuhan Klang dan berhak untuk menghadiri dan menyertai segala persidangan DUN Selangor dan menjalankan tugas dan kerjanya sebagai ADUN Pelabuhan Klang.

“Saya juga mahu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang mempunyai hak dan kuasa untuk menentukan samaada terdapat kekosongan kerusi di bawah Seksyen 12 Akta Pilihanraya 1958 melihat secara mendalam dan meneliti fakta kes sebelum membuat sebarang keputusan berkenaan dengan status kerusi DUN N46 Pelabuhan Klang yang disandang oleh saya,” ujarnya lagi.

Pada Rabu lepas, Teng mengiystiharkan bahawa kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong berkuatkuasa 16 Jan, berikutan kegagalan Badrul Hisham menghadiri sidang DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Sementara itu, pagi ini Badrul Hisham dilarang menyertai persidangan khas dewan itu.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment