Cikgu Maaroff Perlu Berhenti Demi Jaga Profession Perguruan


Tindakan suami calon Pas, Maarof Abd Mutalib mengambil cuti sakit (MC) yang bertujuan membantu kempen isterinya, Normala Sudirman yang bertanding sebagai calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Tenang, 30 Januari ini tetapi dalam masa yang sama meninggalkan anak-anak murid yang menjadi tanggungjawabnya di sekolah merupakan satu tindakan yang menunjukkan bahawa beliau seorang guru yang tidak berwibawa dan tidak bertanggungjawab, dakwa Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Syed Anuar Syed Mohamed.

“Tindakan dia sebenarnya tidak mencerminkan dia seorang guru yang berwibawa dan tindakannya ini boleh menimbulkan krisis keyakinan di kalangan ibubapa terhadap institusi sekolah.

Kalau dia benar-benar ingin berpolitik atau membantu isterinya berpolitik, Gagasan ingin mencadangkan kepadanya agar meletakkan jawatan sebagai guru demi menjaga profession perguruan yang dipandang tinggi selama ini,” ujarnya.

Pandangan ini turut dikongsi Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Rosdi Amir berkata, GPMS memandang serius perkara ini kerana sebagai sebuah pertubuhan pelajar, tindakan dan perbuatan Cikgu Maaroff meninggalkan tugas hakikinya sebagai pendidik walau dengan apa juga alasan pun adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Ia akan menjejaskan sesi pembelajaran anak-anak kita di sekolah. Kita sendiri ada anak-anak, bayangkan perasaan ibu bapa yang meletakkan anak-anak mereka di sekolah dengan harapan menjadi pelajar yang cemerlang hasil didikan para guru di sekolah.

Namun dalam masa yang sama, guru yang diletakkan harapan untuk mendidik anak-anaknya, mengambil cuti kononnya tidak sihat tetapi dilihat tidak boleh berenggang bersama isterinya menyelusuri denai, mengharungi banjir untuk berkempen sempena pilihan raya kecil tersebut,” ujarnya yang juga Pengerusi GPMS Negeri Johor.

Dalam masa yang sama, tindakannya juga memberikan implikasi buruk kepada kerajaan, bagaimana seorang kakitangan kerajaan berkempen sebagai pembangkang yang memburuk-burukkan kerajaan pastinya ia memberikan implikasi dan persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan.

Sehubungan dengan itu, Gagasan dan GPMS sependapat meminta pihak Kementerian Pelajaran menyiasat secara terperinci kes yang melibatkan cikgu Maarof ini. Pihak kementerian diminta mengambil tindakan tegas agar ia tidak menular ke guru lain.

Dalam masa yang sama, siasatan juga harus dilakukan bagi menyiasat keaslian sijil cuti sakit yang diperolehi cikgu Maaroff. Jika sijil itu palsu, tindakan harus dilakukan kepada pihak terbabit yang mengeluarkan sijil tersebut manakala jika sah, cikgu Maaroff hendaklah dirujuk kepada lembaga tatatertib kerana menipu sakit tetapi dalam masa yang sama, menentang kerajaan semasa yang jelas bertentangan dengan arahan am kepada seseorang kakitangan kerajaan.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. nak tahu jugak dr mana yg buat pemeriksaan dan bagi mc 14 ahri tu...

  2. Anonymous
    7:57 PM

    tindakan patut diambil oleh pihak brkuasa sekiranya trbukti melakukan kesalahan. pibg sekolah juga patut mmbuat pemantauan brkaitan.

Post a Comment