Hahhha.... puas hati aku bila cikgu Mala nie diumumkan oleh Pas untuk mewakili mereka dalam PRK DUN Tenang, 30 Jan nie ...Bukannya apa, ini membuktikan bahawa bukan semua kakitangan kerajaan merupakan 100% penyokong kerajaan BN dan UMNO .... sebagaimana yang digembar-gemburkan bahawa semua kakitangan kerajaan orang BN atau UMNO....
Kehadiran cikgu Mala juga membuktikan bahawa golongan guru tidak bersama kerajaan, sebaliknya ada ari sebahagian kecil di kalangan mereka yang sengaja menyebarkan dakyah memburukkan kerajaan dalam siri kempen mereka di sekolah, maksud aku sewaktu sedang mengajar .... Sebab tu dalam kes pengetua yang kononnya menyampaikan ucapan rasis, ada di kalangan guru berhaluan kiri inilah yang menjadi dalang memperbesar-besarkan cerita agar kerajaan atau UMNO bersifat rasiss.....
Apapun, ini membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah mengambil tindakan terhadap golongan kakitangan kerajaan yang berwajah pembangkang ini sehinggalah akhirnya mereka sendiri mengundurkan diri untuk bertanding atau aktif dalam politik, macam cikgu Mala nie ....
Bukan cikgu Mala nie sahaja, malah ada isteri kepada seorang ADUN Pas dari Johor juga merupakan seorang pegawai kanan di sebuah Kementerian nie .... Pegawai kanan ker ..... silap. Dia memang berpengaruh dalam kementerian namun menurut sumber, dia nie masih profesional dalam melaksanakan tugasnya sebagai pegawai atasan kementerian .....
0 Komen