Soal Nyamuk : Anwar Sebenarnya Takut Berdepan Saksi Luar Jangka Ummi Hafilda

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengelak dari berdepan dengan Ummi Hafilda kerana Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sedar beliau tidak ada jawapan kepada saksi-saksi di luar jangkaan yang dimiliki Ummi, demikian menurut bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli.

“Anwar kata ini soal nyamuk tapi apa yang diperkatakan Ummi Hafilda bukan saja melibatkan moral Anwar tetapi maruah Anwar sendiri termasuk isteri, anak-anaknya, kaum keluarga dan kredibilitinya sebagai ahli politik serta pemimpin. Ini bukan soal main-main.

“Anwar kata ini soal nyamuk tapi apa yang diperkatakan Ummi Hafilda bukan saja melibatkan moral Anwar tetapi maruah Anwar sendiri termasuk isteri, anak-anaknya, kaum keluarga dan kredibilitinya sebagai ahli politik serta pemimpin. Ini bukan soal main-main.

“Ketika Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggelarkan Anwar sebagai pengkhianat…wah begitu cepat dia saman tapi ini melibatkan maruah dia dan keluarganya, Anwar cuba main-main. Anwar cuba alih isu sebab dia takut dan panik”, katanya kepada UMNO-Online.

Tegas Nazmi lagi apa yang dilakukan Anwar itu sememangnya cara Anwar untuk lari dari berdepan isu sebenar.

“Kita tengok dalam kes liwat yang membabitkan Saiful Bukhari….. Anwar tak berani jawap sebaliknya dia buat tuduhan kononnya konspirasi Najib (Perdana Menteri), dia babitkan Datin Seri Rosmah, dia buat janji 16 September…macam-macam.

“Sebab itu Anwar sampai sekarang bukan saja takut berdepan Ummi malah tak berani pun saman bekas orang kepercayaannya Ezam Mohd Noor dan bekas rakan karibnya Datuk Nallakaruppan walaupun sudah banyak kali pelbagai dakwaan dibuat oleh mereka. Anwar tahu dia salah dan takut kebenaran terbongkar”, ujarnya.

Tegas beliau lagi amatlah memalukan sekiranya seseorang yang telah mejatuhkan maruah diri dan keluarga Anwar hanya menganggapnya sebagai soal nyamuk.

“Di mana maruah sebenar Anwar” soalnya.

Baru-baru ini Ummi Hafilda Ali adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendedahkan beliau mempunyai bukti mengenai hubungan Anwar bersama isteri Azmin, Shamsidar Taharin.

“Saya mempunyai bukti-bukti yang kukuh, di luar jangkaan mereka. Saya mempunyai saksi-saksi yang berkredibiliti bersama-sama bukti-bukti di luar jangkaan mereka.

“Kita akan dedahkan di mahkamah nanti bagaimana teori keji konspirasi Azmin menghalalkan pelakuan isterinya Shamsidar Taharin dengan insan munafik bernama Anwar Ibrahim,” ujar Umi Hafilda.

Tambahnya, isu moral yang paling penting kerana insan yang tidak bermoral, baginya tidak layak sebagai pemimpin, bakal pemimpin negara, apatah lagi pemimpin kepada keluarga.

Selain saman Ummi juga mencabar Anwar untuk berdepan dan berdepan dengannya namun Anwar ketika ditanya mengenai cabaran itu hanya mengatakan, “Itu hanya soal nyamuk”. -MediaUMNO

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment