Cuba Menang Cara Tipu, Pas Tunjuk Muka Sedih

Pas dilihat sudah kehabisan modal untuk berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dan terpaksa menggunakan taktik meraih simpati dalam usaha menarik sokongan para pengundi sepanjang tempoh berkempen yang bermula hari ini.

Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ibrahim berkata “hajat” Pas yang hanya sekadar untuk mengekalkan jumlah undi yang diterima pada pilihan raya umum lalu hanyalah bertujuan ungtuk mengaburi mata pengundi semata-mata.

Menurut beliau dalam mana-mana pertandingan, semua pihak mahukan kemenangan dan bukannya persoalan jumlah kemenangan yang diperolehi oleh mana-mana pihak yang sepatutnya ditimbulkan kerana yang penting adalah kemenangan.

“Saya percaya, kepada pengundi benda ini sebenarnya pelik. Kalau sekadar nak kekalkan jumlah undi yang ada pertamanya, pengundi tidak sama kerana ada pertambahan pengundi baru. Adakah dengan mendapat undi yang sama seperti piliahn raya lalu, mereka merasakan dah menang.

“Sebab dalam kita bertanding ia bukan soal berapa jumlah kemenangan. Ia mesti menang. Jadi taktik ini pertamanya pada saya dia dah tidak ada modal. Kedua, sebenarnya mereka ini bukan orang yang tidak pandai. Mereka ini golongan politik. Saya percaya kenyataan itu dibuat untuk kaburi mata pengundi….. siapa yang boleh ukur yang boleh bagi jumlah undi itu jadi sama.

“Kedua dia nak raih simpati kononnya buat muka sedih dan kasihan supaya pengundi yang keluar mengundi nanti terpengaruh,” katanya.

Razali yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO seterusnya menambah, mana-mana pihak sekalipun tidak boleh kawal jumlah undi yang diletakkan di dalam peti undi.

“Jadi taktik ini adalah satu taktik yang sangat kotor dalam pilihan raya kerana mereka tidak cerita kenapa orang patut sokong calon dia, dia ambil jalan “shortcut” berjalan dengan emosi dan perasaaan serta cuba menipu.

“Ini kerana kalau ada pengundi yang terpengaruh dengan corak raih simpati sebegini akhirnya jumlah undi akan meningkat dan boleh memberi kemenangan. Maknanya menang cara tipu. Itu yang dia harapkan akan berlaku,” katanya.

Berhubung soal calon yang diketengahkan oleh pucuk pimpinan untuk mewakili BN pada pilihan raya kecil berkenaan, Razali mengingatkan pihak luar agar tidak mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan kepimpinan bahagian.

“Kita akan bekerja bersungguh-sungguh….Dan tidak timbul struktur kepimpinan bahagian tidak layak dan sebagainya. Janganlah pihak luar ambil kesempatan untuk laga-lagakan kerana kebetulan calon ini tidak pegang jawatan tetapi pada satu ketika dahulu pernah berada dalam kelompok kepimpinan bahagian.

“Tidak timbul langsung soal menafikan kepimpinan bahagian. Yang penting kena buat kerja dan matlamat untuk menang tidak kira siapa pun calon. Ini adalah transformasi yang perlu kita fahami,” katanya. -MediaUMNO

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. penulisan yang mantap - blogger baru dari pulau mutiara.. sila beri tunjuk ajar..

    salam persahabatan..
    "majukan agama, bangsa dan negara "

Post a Comment