Larangan Penggunaan Logo 1Malaysia: Kerajaan Selangor Penipu

Merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Selangor berkenaan larangan penggunaan logo 1Malaysia yang dikeluarkan oleh media-media perdana pada 5 Jan 2011 lalu, bahawa tiada larangan penggunaan logo tersebut tetapi hanya berlaku kekeliruan, malah mengatakan bahawa permis perniagaan boleh menggunakan logo tersebut tetapi perlu mendapatkan kebenaran daripada PBT adalah satu penipuan besar yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor, khususnya Menteri Besar Selangor sendiri.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendedahkan bahawa segala kenyataan yang diberikan oleh Menteri Besar Selangor itu adalah kenyataan yang menipu rakyat semata-mata kerana kerajaan Selangor melalui Exconya, YB Ronnie Liu telah mengeluarkan arahan bertulis kepada semua PBT supaya melarang penggunaan logo tersebut di iklan, banner, bunting dan di premis-premis perniagaan di dalam kawasan PBT Selangor. Sila rujuk dokumen yang disertakan.

Ini jelas memperlihatkan betapa kerajaan negeri tidak tulus dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat dan di dalam masa yang sama cuba menipu rakyat dengan menggunakan media-media masa.

”Sehubungan dengan itu, saya ingin mengulangi pendirian bahawa Barisan Nasional Selangor tetap akan menggunakan logo 1Malaysia dan tidak akan tunduk dengan kerajaan yang anti perpaduan dan mementingkan retorik politik semata-mata.

Dakwaan saya bahawa Menteri Besar Selangor ini seperti burung kakaktua yang tidak tahu apa yang diperkatakan ada betulnya. Cubaan menjadikan logo 1Malaysia sebagai satu barang mainan politik mereka tidak boleh dimaafkan kerana 1Malaysia bertujuan untuk memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online mengulas isu pengharaman logo dan symbol 1Malaysia di negeri Selangor

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    1:50 AM

    My brother suggestеd Ι might likme this ωeb sitе.
    He usеd to bе entirely right. This submit аctually maԁе my day.
    You caan not іmagіne sіmply hοw so much tіme I had spent foг this info!
    Τhankѕ!

    my page atex w pułtusku

Post a Comment