Apa yang berlaku semalam hanyalah tindakan desperado Kerajaan Negeri Selangor dan pakatan pembangkang PKR, DAP dan PAS untuk mementaskan sandiwara baru mereka, ujar EXCO Pergerakan Pemuda UMNO, Lokman Noor Adam.
“Mereka tahu bahawa mustahil untuk mereka mendapatkan majoriti 2/3 tetapi mengapa mereka tetap meneruskan proses cadangan pindaan ini. Tujuan mereka hanyalah sekadar untuk mereka gambarkan kepada rakyat betapa hodohnya BN yang tidak mahu menyokong hasrat murni mereka yang kononnya mahu mengembalikan kuasa Sultan Selangor,” ujarnya yang juga mantan Setiausaha Pemuda Pemuda Keadilan Nasional satu ketika dulu.
Tambahnya, dalam kes perlantikan Datuk Khusrin sebagai SUK Selangor, ia dilakukan selepas mendapat perkenan Sultan Selangor. Dalam erti kata lain, Sultan ada kuasa dalam perlantikan SUK Selangor, sebab itu Tuanku tak bising.
Orang yang tak ada kuasa dalam isu ini ialah Menteri Besar Selangor yang merupakan boneka kepada satu penderhakaan terhadap Sultan. Sebab itu dia bising sana-sini dan buat sidang tergempar DUN, yang hakikatnya memberikan kuasa kepada dirinya sendiri untuk melantik SUK.
”Pada hakikat dan realitinya, amalan sedia ada di mana Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengemukakan tiga nama calon SUK, bagi memberikan ruang dan peluang kepada Tuanku Sultan membuat pilihan.
Malangnya, pindaan yang nak dibuat Kerajaan Selangor semalam bukan memberikan peluang kepada Sultan Selangor memilih SUK Kerajaan Negeri sebaliknya memberikan kuasa kepada Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim. Khalid yang akan membuat pilihan dan akhirnya akan menyerahkan satu nama untuk diterima oleh Sultan Selangor,” ujarnya mengulas cadangan pindaan Perkara 52 (1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
0 Komen