PRK DUN Pelabuhan Klang: Belum Lagi, SPR Belum Terima Notis Kekosongan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini belum menerima sebarang makluman rasmi berkaitan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim sepatutnya memaklumkan kepada SPR terlebih dahulu sebelum mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN itu.

"Kita akan teliti dan lihat undang-undang di Negeri Selangor, juga Perlembagaan Persekutuan sebelum membuat sebarang keputusan tentang (sama ada)berlaku kekosongan atau tidak," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Abdul Aziz berkata SPR akan membuat kenyataan selanjutnya selepas menerima makluman rasmi daripada Teng.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengisytiharan oleh Teng hari ini bahawa kerusi DUN itu sebagai kosong berkuatkuasa 16 Jan lepas berikutan kegagalan penyandangnya Badrul Hisham Abdullah menghadiri persidangan dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Badrul Hisham, yang memenangi kerusi itu sebagai calon Parti Keadilan Rakyat, telah keluar dari parti itu pada 29 Okt 2009.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. salam tuan.. terima kasih sudi link..
    saya dah link blog tuan juga..
    selamat berjuang..

Post a Comment