Anwar Dirayu Serah Sampel DNA Secara Sukarela

Batang Kali, 14 Mac- Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu gusar dan takut untuk menyerahkan sampel DNAnya untuk memastikan bahawa beliau benar-benar tidak bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor, Mahmud Karim berkata, keengganan Anwar memberikan contoh DNA secara sukarela atas alasan bimbang contoh tersebut akan disalahguna, adalah satu andaian yang tidak boleh diterima.

“Apakah muslihat sebenar beliau tidak mahu memberikan contoh DNA? Kenapakah beliau enggan memberikan contoh tersebut jika beliau rasa tidak bersalah?

Ataupun dia sebenarnya sengaja mahu memanjangkan kesnya setelah berkali-kali tertangguh sebelum ini. Kami minta Anwar tunjukkan bukti sebenar. Jika dia tidak melakukannya mengapa mesti takut. Beliau perlu berani menghadapi cabaran. Kalau beliau benar, mengapa mesti berlengah untuk menyerahkan sampel DNA,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor me`rayu’kepada Anwar Ibrahim untuk menyerahkan sampel DNA bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar tidak bersalah dalam isu tersebut.

”Kami melihat, kedua-dua individu dalam kes tersebut iaitu Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari mempunyai maruah dan harga diri masing-masing. Oleh itu, jangan biarkan kemelut ini berpanjangan demi menjaga nama baik kedua-kedua individu tersebut, dengan Anwar menyerahkan segera sampel DNA untuk dianalisis,” tambahnya lagi.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment