BN Hadir Ke Sarawak Dengan Penuh Rasa Tanggungjawab

Kuala Lumpur, 24 Mac- Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional, Datuk Razali Ibrahim berkata, di dalam mana-mana Pilihan Raya sekalipun, Barisan Nasional (BN) tidak boleh mengambil mudah, apatah lagi mengambil risiko terhadap satu-satu perkara dalam menangani permasalahan rakyat dan masyarakat Malaysia.

“Saya percaya, setiap satu-satu isu, sama ada besar atau kecil akan mempengaruhi keputusan para pengundi dalam mereka membuat keputusan. Jadi, kita tidak akan mengambil risiko untuk meremeh atau mengambil ringan kepada satu-satu perkara,” ujarnya mengulas isu-isu semasa yang boleh mempengaruhi Pilihan Raya Negeri Sarawak, 16 April ini.

Ujarnya, dalam kajian awal mendapati pengundi-pengundi di Sarawak khususnya pengundi-pengundi muda, mereka lebih berminat dengan isu-isu setempat. Namun ketika kempen pilihan raya bermula, pihak pembangkang akan hadir dengan membawa pelbagai bentuk dahyah sehingga ke peringkat boleh menfitnah, mewujudkan perkara yang tidak ada dan perkara-perkara ini, harus kita perjelaskan.

“Saya tidak menolak kemungkinan jika perkara ini dibiarkan sesungguhnya ia boleh mempengaruhi pemikiran para pengundi. Tetapi dengan berhadapan dan memberi penjelasan, isu-isu nasional terutamanya di Semenanjung dapat kita ketepikan kerana dalam masa yang sama kita akan dekati pengundi dengan menghidangkan keputusan atau keperluan masyarakat setempat.

Saya rasa, kita akan turun dengan berbekalkan 1Malaysia. Yang pertama, janji pembangkang ini seolah-olah Sarawak ini wujud secara sendiri kerana dia akan cakap pasal Sarawak sahaja. Apa sahaja yang Sarawak minta, dia akan penuhi semata-mata untuk mendapat sokongan rakyat dan pengundi,” tambahnya.

Tetapi ujarnya 1Malaysia lebih mengambarkan tentang geografi di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak di antara kaum Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Dayak, Iban dan semua pribumi yang ada dalam Negara, tetapi kita juga memikirkan tentang golongan dewasa dan golongan belia termasuk kanak-kanak.

“Yang ini tidak ada dalam pendekatan pembangkang. Sebab itu kita datang dengan satu gagasan yang lebih menyeluruh, yang lebih objektif dan ini harus disahut kerana ia datang dengan rasa satu tanggungjawab, kerana inilah Malaysia. Semenanjung tidak wujud secara sendiri, Sabah tidak wujud secara sendiri begitu juga Sarawak, tetapi kita semua ini 1Malaysia,” ujarnya ketika ditemui di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment