
Sekadar gambar hiasan ....
Kuala Lumpur, 24 Mac- Kemunculan video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menjadi kemelut dan isu baru dalam Negara, sekaligus menjadi perhatian masyarakat akar umbi, menjadi persoalan yang menarik untuk mengetahui kesahihan video tersebut.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kini ia melibatkan banyak pihak terutamanya individu yang disebut itu mempunyai ramai kenalan, sahabat dan penyokong di Pulau Pinang.
“Oleh itu, bagi pihak UMNO Pulau Pinang, saya berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera kerana kita perlu melihat ke depan, mengenai kesejahteraan rakyat, pembelaan dan perkhidmatan kepada rakyat, isu-isu sosial, ekonomi dan isu-isu yang boleh membawa kepada kebaikan Negara secara keseluruhannya dalam kita mengorak langkah menjadi Negara maju pada tahun 2020 yang hanya tinggal Sembilan tahun sahaja lagi.
Jadi kita tidak boleh membawa pemikiran kita untuk terlalu tertumpu kepada perkara-perkara yang agak negatif, tapi eloklah kita bagi tumpuan kepada yang boleh membawa kita ke hadapan untuk kita maju dan berjaya,” ujarnya mengulas isu video seks yang mengaitkan pemimpin pembangkang baru-baru ini.
Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan kepada ‘individu berkenaan’, kalau dia rasa beliau terlibat, mengaku sahajalah. Sebelum ini pun, ada juga Menteri Kabinet yang terlibat, dia mengaku sahaja dan kemudian rakyat menilai yang akhirnya rakyat membuat keputusan bahawa dia masih boleh memegang jawatan penting dalam politik dan meneruskan kariernya dalam politik.
“Jadi, terpulanglah kepada individu yang berkenaan untuk mengaku kalau sebenar-benarnya beliau benar terlibat. Saya juga ambil satu pandangan bahawa kalau sudah terlalu banyak perkara-perkara yang membabitkan reputasi, nama baik dan cerita-cerita negatif berkenaan satu-satu individu itu, adakah semuanya fitnah? adakah tidak ada kebenaran langsung? adakah segala-galanya cerita yang direka? adakah segala-galanya fitnah belaka? tidak ada sesuatu pun yang benar? tidak ada satu pun yang buruk mengenai individu itu?
Sambungan: UMNO Pulau Pinang Sokong Penubuhan Suruhanjaya DiRaja Siasat selepas ini .....

0 Komen
Post a Comment