
Peluang mendekati pengundi dari rumah ke rumah sepanjang proses berkempen sepanjang Pilihan Raya Kecil Dewan undangan Negeri sejak 26 Februari lalu memberikan peluang dan ruang kepada jentera Barisan Nasional khususnya calon BN sendiri, Syed Ibrahim Syed Ahmad untuk mendekati dan cuba menangani masalah yang dihadapi penduduk Kerdau selama ini.
Calon BN Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN), Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, antara permalahan yang sedang kita tangani ialah masalah keperluan harian penduduk, masalah keperluan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), masalah persekolahan dan masalah-masalah yang berkaitan dengan pembangunan di kawasan DUN Kerdau ini.
“Perkembangan ini membuktikan bahawa masyarakat lebih senang untuk menyuarakan permasalahan mereka kepada kita. Mereka yakin dengan kita, mereka menjadikan kita tempat mereka menyuarakan isi hati mereka, jadi kita amat berterima kasih kepada mereka kerana percaya pada kita,” ujarnya.
Saya berharap saudara- mara, sahabat handai dan semua pengundi agar dapat memberikam sokongan dan undian pada Barisan Nasional pada 6 Mac ini. Saya juga berkeyakinan bahawa majority kita akan bertambah lagi, memandangkan setiap siri lawatan kita di manapun, mendapat sokongan masyarakat di Kerdau ini.
Dalam masa yang sama, jika kita lihat siri-siri kempen di Kerdau ini, tidak keterlaluan kalau dikatakan BN yang mendominasi kempen, dari siri lawatan rumah ke rumah hinggalah ke ceramah-ceramah penerangan kita. Ini membuktikan bahawa sokongan masyarakat kepada Pas sudah kabur dan ini merupakan satu peluang untuk kita membuktikan bahawa hanya kita yang mampu memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat, khususnya di DUN Kerdau ini,” tambahnya lagi.

0 Komen
Post a Comment