Demo Dulu...dan Kini.... Lu Fikirlah Sendiri

Terbaca satu artikel mengaitkan demontrasi jalanan ini, menyebut kita pernah mendemontrasi sewaktu penubuhan Malayan Union yang nak digantikan Tanah Melayu kepada Pentadbiran Malayan Union. Keluar beramai-ramai membantah menyatakan ketidakpuashatian dengan penubuhan Malayan Union dengan mengekalkan kuasa dari barat (mana lagi British lah...)

Terpanggil hal itu, saya ingin berkongsi pendapat bahawa kita pada masa itu berdemonstrasi kerana ingin menegakkan Islam dan membebaskan kuasa penjajah dari Tanah Melayu yang kita cintai ini...TETAPI apa yang kita lihat pada hari ini...berdemonstrasi hanya semata berpaksikan individu kerana Malaysia sekarang ini dalam keadaan aman dan damai yang mana rakyat saling berganding bahu.

Yang terjadi demonstasi pada hari ini adalah kerana ketidakpuashatian individu itu yang menjadikan hilang kawalan diri dan berkepentingan peribadi serta merempuh laluan maut tanpa disedari. Dan ini menyusahkan rakyat lain yang ingin mencari rezeki menemui jalan sukar dan akhirnya akan menyalahkan Kerajaan yang ada sekarang tidak dapat menjalankan tugas dengan baik.

Sememangnya kita tidak pernah lupa bagaimana kita dahulu bersusah payah memerdekaan TANAH MELAYU ini dengan hasil kebangkitan rakyat...kita pula mempersiakan pada hari ini...kerana apa...hanya dengan kepentingan peribadi sendiri tanpa mengira kepentingan RAKYAT di Malaysia.

Adakah demontrasi jalan yang ada pada hari ini ada kaitan dari LUAR? Mungkin juga kerana ingin menghura-harakan negara yang aman damai ini...dengan apa yang terjadi di Mesir dan negara Timur Tengah itu sudah menjadi pengajaran kepada kita sepatutnya...cuba kita lihat...ADAKAH ITU JALAN MENYELESAIANNYA???

Hanya dengan demonstasi jalan ini akan banyak menyusahkan rakyat disekeliling...tak caya cuba kita lihat akan banyak kerugian ditanggung oleh kerajaan dengan kerosakan harta benda awam, peniaga, dan paling merugikan adalah sektor pelancongan ke negara ini.

Janganlah kita mengadaikan maruah dan masa depan negara ini hanya dengan segelintir individu itu terus merosakkan dengan sekelip mata......

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment