
Kuala Krau, 5 Mac- Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad dilihat sebagai calon seorang calon yang mempunyai aura yang cukup hebat untuk merealisasikan impian kita untuk memenangi sekaligus menawan semula kerusi DUN Kerdau, 6 Mac ini.
Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan berkata, gerak kerja Syed Ibrahim mengingatkan semula gerak kerjanya ketika bertanding di Parlimen Hulu Selangor tahun lepas.
“Saya pasti dengan cara bekerjanya, saya nampak dia memang seorang yang kuat bekerja. Ini kerana pilihan raya kecil ini, kita harus mempunyai tenaga yang kuat dan mencukupi kerana kita harus berjumpa dengan seluruh masyarakat dalam kawasan pilihan. Kita tidak boleh tertinggal seorang pengundi kita,” ujarnya ketika ditemui dalam program di Kg Ketam.
Tambahnya, kewibawaan dan penampilan Syed Ibrahim amat disenangi penduduk khususnya di Kampung Ketam ini. Inilah seorang pemimpin yang diperlukan sekarang ini.
“Kita perlukan seorang yang dapat memberi perkhidmatan yang baik. Kita perlukan seseoarang yang dapat menterjemahkan keperluan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional.
Oleh itu, kerajaan Barisan Nasional sahajalah yang dapat bawa pembangunan, pembaharuan dan kejayaan, bukan sahaja kepada seluruh Malaysia tetapi khas rakyat di Kerdau ini,” tambahnya.
Dalam masa yang sama, Kamala menasihati Syed Ibrahim agar melakukan walkabout ke tempat yang mempunyai ramai pengundi. Kawasan-kawasan yang dilabelkan sebagai kawasan pembangkang juga jangan diabaikan.
“Kalau boleh, pada harti terakhir ini kita pergi kubu kuat lawan. Kita pergi ke kubu kuat mereka bukan untuk bergaduh dengan dengan mereka sebaliknya kita pergi ke sana untuk memberi keyakinan dan memujuk kita mengundi kita.
Kalau kita pergi ke tempat mereka ini bermakna bila kita menang nanti, mereka akan faham bahawa kita akan terus memberikan perkhidmatan kepada mereka juga kerana akhirnya selepas pilihan raya nanti, kita harus memberikan perkhidmatan kita kepada seluruh pengundi dan masyarakat dalam kawasan kita tersebut tanpa mengira apa parti sekalipun,” tambahnya lagi.

0 Komen
Post a Comment