Membakar Negara - Anwar serupa Hosni Mubarak

Shah Alam, 5 Mac- Huru hara dan perang saudara yang berlaku di Mesir, Libya, Tunisia dan Yemen sesungguhnya amat membinggungkan rakyat Malaysia. Rakyat berperang sesama sendiri, keamanan ternoda, ekonomi hancur, negara kucar-kacir, tamaddun runtuh adalah gambaran tepat untuk negara timur tengah itu yang sedang menuju menjadi negara runtuh lagi kacau bilau seperti Iraq dan Afghanistan.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, di Malaysia juga kita boleh melihat ada kalangan pemimpin yang mengamalkan idealisme yang serupa seperti Hosni Mubarak, Muamar Ghadaffi dan Zine El Abidine Ben Ali.

“Apa bezanya Anwar Ibrahim dan diktator-diktator timur tengah itu ? Mereka serupa ! Anwar adalah Penasihat Umum PKR, dia orang paling berkuasa dalam PKR. Yang anehnya dia tidak dipilih oleh ahli, dia immune dari proses demokrasi dalam PKR.

Dia dilantik oleh isterinya Wan Azizah yang juga Presiden PKR. Seperti Hosni Mubarak dalam Parti Demokrasi Nasional , Anwar sebenarnya tidak mahu hadapi proses pemilihan dalam demokrasi,” ujarnya ketika UMNO-Online mengulas.

Tambahnya, Anwar mengamal budaya kroni dalam politik. Penasihat Umum – dirinya, Presiden parti PKR adalah isterinya, Timbalan Presiden adalah bekas setiausaha sulit kanannya, Naib presiden adalah anaknya sendiri, Nurul Izzah.

Ini sama dengan amalan kroni Hosni Mubarak yang melantik isterinya Suzanne, anaknya Alla dan Gamal memegang jawatan penting dalam kerajaan.

“Anwar mengamal politik ketepikan kumpulan yang nak lawan dia. Kumpulan Zaid Ibrahim diketepikan kerana dia ada sokongan besar dalam PKR. Mustafa Kamil Ayub, YB Gobala Krisna, YB Zulkifli Nordin, YB Datuk Zaharin Hashim diketepikan kerana mereka dilihat sebagai ancaman kepada Anwar. Hosni Mubarak ketepikan kumpulan Islamic Brotherhood seperti Anwar sepak keluar pemimpin berpengaruh dalam PKR.

Anwar rapat dengan Zionis Jews. Semua orang tahu Anwar bersahabat baik dengan orang pemimpin yahudi seperti Paul Wolfowitz (Bekas Presiden Bank Dunia), Al Gore (Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat), Magdline Albright (Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat), Henry Kisingger (Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat). Mereka juga adalah sahabat rapat Hosni Mubarak.

Anwar rapat dengan George Soros (Yahudi & penyangak matawang dunia). Adakah Anwar dibiayai oleh Soros? Azmin Ali ada jawapan tepat kerana dia pernah bertemu dengan Soros beberapa kali. Untuk tujuan apa? Dari mana datangnya kekayaan luar biasa Anwar dan kroninya? Ini sama dengan keluarga Hosni Mubarak,” tambahnya lagi.

GAPS berpandangan Malaysia mengamal demokrasi yang subur, ekonomi yang makmur, rakyat yang harmoni, negara yang aman. Ini akan lebih bermakna jikalau rakyat boleh menginsafkan pemimpin bongkak yang gila kuasa seperti Anwar yang selama ini berselindung dengan title ketua pembangkang sebagai topeng untuk membakar api yang boleh menghancurkan negara.

“Anwar Perlu Bertaubat !” – meminjam kata-kata Karpal Singh (Pengerusi DAP & peguam kanan kes Liwat 2), merupakan kalimah yang tepat untuk Anwar. Semoga Anwar mampu kembali ke pangkal jalan sebelum menemui Allah, tuhan yang menjadikannya,” ujarnya.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment