

Pengerusi Justice 4 All, Anuar Basiran berkata, setelah hamper empat bulan, barulah persoalan tentang kes perbelanjaan keseluruhan bagi kos perbelanjaan majlis sambutan Ulang tahun ke-40 Yayasan Selandor di Asrama Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur terjawab.
“Bukan RM300,000 sebaliknya hampir RM1juta telah dikeluarkan bagi majlis sambutan tersebut. Malah lebih mengejutkan apabila laporan tersebut juga menyebut bahawa Yayasan Selangor kerugian RM7.14juta sehingga November 2010.
Apa sudah jadi dengan Pakatan PKR-PAS-DAP? Bukan sahaja rakyat dibohongi, kini Sultan Selangor juga diperkotak-katikkan,” ujarnya mengulas isu Yayasan Selangor.
Ujarnya, Yayasan Selangor adalah badan milik kerajaan yang didirikan untuk membantu rakyat, program pembangunan pendidikan rendah, menengah dan semua peringkat pengajian tinggi termasuk menyediakan asrama kepada pelajar berkemampuan seluruh Selangor.
”Kini dalam tiga tahunm nampaknya kerajaan pakatan ini sudak tidak kira apa, yang penting segala hasil keringat dan segala wang yang ada perlu disonglap. Selagi ada wang rakyat Selangor, selagi itu perlu dirompak.
Mana perginya Penasihat Ekonomi Selangor yang mendapat elaun RM1? Mungkinkah kerana terlalu murah hingga memaksa beliau mengarahkan kuncu-kuncunya memerah segala hasil keuntungan untuk rakyat kurang kemampuan di Selangor untuk memenuhkan kantung kroni-kroni mereka,” tambahnya.
Sebelum ini, kita pernah digemparkan dengan cadangan agar wang zakat boleh diagihkan untuk seluruh rakyat Selangor tanpa mengira anutan agama. Kini dalam hal urus tadbir untuk memberi atau dalam hal menaikkan taraf ekonomi golongan rakyat kurang kemampuan juga mereka gagal.
”Saya tidak perlu mengulas lebih lagi soal ketirisan bagaimana mereka melantik pengurus serta timbalan pengurus dan elaun-elaun yang dibayar dengan sebab yang kurang munasabah. Inilah kerajaan kebajikan laungan pakatan PKR-DAP-PAS ini. Rakyat setiap hari dibohongi mereka. Tidak cukup dengan itu mereka bohongi dan cuba meyakini rakyat dengan cerita Buku Jingga.
Menjadi harapan besar bagi saya untuk rakyat bukan sahaja di negeri selangor, malahan di seluruh negara akan bangkit dan seterusnya menolak pakatan rakyat dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Jika mereka terpilih, maka kita pula akan terjual keseluruhannya. Saya teringat pepatah bangsa cina " Kalau tak berwang, hidup akan terbuang",”
Kita semua tidak boleh silap lagi, mereka sudah keterlaluan. Baru tiga tahun kita sudah menuju bukan negeri maju, tetapi negeri yang akan muflis kalau rentak ini berterusan.
Rakyat, khususnya golongan muda perlu yakin dan terus mendokong serta mengangkat kerajaan Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke 13 nanti supaya mereka ini akan lenyap sejarahnya dari lanskap politik negara.
Kebangkitan serta kefahaman golongan muda amat diperlukan. Diharap juga jentera parti akan terus bergerak untuk bersiap sedia bagi menghadapi pilihanraya nanti yang akan menentukan perjalanan bukan sahaja sesebuah negeri malahan negara ini nanti.

0 Komen
Post a Comment