Walaupun paras air di beberapa kawasan yang dilanda banjir di Perlis sudah mulai surut, namun jumlah mangsa yang dipindahkan
meningkat berbanding semalam.
Jurucakap bilik gerakan banjir Perlis berkata ketika ini 3,062 mangsa banjir
dari 759 keluarga berada di 33 pusat pemindahan di kawasan Kangar, Padang Besar dan Arau, berbanding 2,998 orang lewat malam tadi.
Paras air di bahagian utara Perlis ketika ini didapati surut sedikit berbanding semalam.
Di bandar Kangar, air mulai naik malam tadi mengakibatkan banyak kedai
ditutup, dan sehingga kini 28 batang jalan dinaiki air, namun kebanyakannya
masih boleh dilalui semua kenderaan
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 Komen
Post a Comment