Enggan Dedah Kandungan Video Pejabat MB, Umpama Takut Rahsia Terbongkar

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman mempertikaikan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang enggan membuat laporan polis berhubung kes pencerobohan dan penemuan kamera video di pejabat beliau, Ogos tahun lalu.

Menurut Satim, tindakan Khalid yang enggan membuat laporan dan juga mengupah penyiasat persendirian seperti mahu menyembunyikan kebenaran.

“Bagi saya dia tidak telus dan tidak jujur dalam hal ini. Mengapa hendak mengupah penyiasat persendirian dan enggan membuat laporan polis? Sekiranya pejabat atau rumah diceroboh, laporan polis haruslah dibuat. Wajib buat laporan.

“Tindakan Khalid mengundang spekulasi seolah-olah dia cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum. MB seakan takut pihak polis menyisat perkara ini dan kebenaran didedahkan.

“Jika hal lain seperti kes kematian Teoh Beng Hock, sehingga ke akar umbi semuanya hendak diketahui oleh mereka tetapi mengapa kes pencerobohan ini enggan dilaporkan? Apa yang cuba disorokkan?

“Cuba jika perkara sebegini terjadi di pejabat UMNO. Sudah pasti mereka akan desak agar ianya didedahkan kepada umum. PKR yang selama ini mencanang memperjuangkan keadilan, maka mereka harus telus dan mendedahkan tentang rakaman video ini kepada rakyat. Rakyat berhak tahu kebenaran,” ujarnya.

Pada Ogos tahun lalu, Khalid mendakwa menemui sebuah kamera video tersembunyi di belakang langsir pejabatnya ditingkat 1, Bangunan SUK. Kamera video tersebut ditemui selepas ianya berbunyi kerana kehabisan bateri.

Bagaimanapun Khalid enggan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut dengan alas an Kerajaan Negeri akan menjalankan siasatan sendiri. -MediaUMNO

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment