NGO Bersatu Terus Desak Anwar

Kuala Lumpur, 16 Mac: Sebanyak lapan lagi badan bukan kerajaan (NGO) mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan profil asid deoksiribonukleik (DNA) berhubung kes liwat membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

NGO terbabit ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Alumni Belia 4B, Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Persatuan Pekerja-pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PPDBKL), Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (PROWARIS), Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limousin dan Kereta Sewa Malaysia (PERTEKMA) dan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM).

NGO yang dipimpin Badan NGO Malaysia menuntut Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak mempolitikkan lagi perintah mahkamah ke atasnya menyerahkan sampel DNA untuk dianalisis supaya dapat dibandingkan dengan profil DNA `Lelaki Y’ dalam perbicaraan kes liwat Anwar.

NGO terbabit menganggap tindak tanduk Anwar melewat-lewatkan menyerahkan sampel DNA hanya membazirkan wang rakyat kerana menyebabkan perbicaraan tuduhan liwat yang dihadapi Anwar berlarutan begitu lama.

Pengerusi Badan NGO Malaysia, Md Radzi Daud, berkata Anwar tidak perlu bimbang atau takut memberikan sampel DNA dirinya jika percaya tidak terbabit dalam perbuatan liwat atau salah laku seks.

“Jika Anwar yakin beliau tidak bersalah dalam tuduhan itu, mengapa beliau masih berlengah untuk memberi sampel DNA. Apakah status yang membezakan Anwar dengan orang lain di negara ini.

“Jika rakyat biasa enggan menyerahkan sampel DNA, sudah tentu orang itu `masuk dalam’ (penjara)... tetapi apabila sampai masa Anwar, mengapa beliau boleh mengabaikan saja perintah mahkamah,” katanya pada sidang media semalam.

Naib Presiden Persatuan Bekas Ahli Belia 4B Wilayah Persekutuan, Razali Latif berkata, sebagai bekas pemimpin belia, Anwar perlu sedar tindakannya berdolak dalih dalam menyerahkan sampel DNA itu hanya menyebabkan imejnya sebagai pemimpin semakin pudar kerana tidak menggambarkan keterampilannya selama ini.

“Beliau antara bekas pemimpin belia yang lantang memperjuangkan agama, bangsa dan bahasa. Tindakannya enggan menyerahkan sampel DNA ini membuktikan beliau tidak layak digelar pemimpin kerana amat berbeza dengan sikapnya ketika menjadi pemimpin belia,” katanya.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment