
Ketua Wira PERKASA, Arman Azha Abu Hanifah berkata, perbuatan yang ditunjukkan Anwar itu membuktikan ketua pembangkang itu adalah pemimpin yang tidak menghormati rukun negara keempat iaitu `kedaulatan undang-undang’.

Katanya, sebagai pemimpin yang memperjuangkan keadilan dan keterbukaan, Anwar seharusnya bersikap terbuka apabila mahkamah memerintahkannya menyerahkan DNA untuk diuji bagi membandingkan profil DNA `Lelaki Y’.
“Tindakan Anwar ini menunjukkan beliau seorang pemimpin tidak menghormati undang-undang negara. Kita bimbang teladan yang ditunjukkan ini akan menjadi ikutan kepada mana-mana pesalah kes salah laku seks enggan menyerahkan sampel DNA,” katanya.
Dalam masa yang sama, Arman berkata, Anwar hebat bila katakan pejuang kebebasan bersuara, hebat katanya pejuang kebebasan berhimpunan, hebat kata dasar keterbukaan, hebat berkata kebebasan bersuara tapi bila isu rakyat mahukan keadilan , bila rakyat berhimpun, bila rakyat mahukan ketulusan, bila rakyat mahukan keterbukaan, dia boleh pula minta ambil tindakan undang-undang,
“Maknanya apa yang beliau cakap dan laung selama ini hanya retorik politik untuk dapatkan sokongan, jelas kini beliau tidak layak jadi pemimpin negara, malah tidak layak jadi AJK PIBG sekolah sekalipun,” tambahnya.

0 Komen
Post a Comment