Pengundi beri reaksi positif - Syed Ibrahim

Kuala Krau, 4 Mac - Calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata beliau mendapat reaksi positif daripada pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan yakin mendapat sokongan daripada penduduk kerana kehadirannya di sambut baik masyarakat setempat.

Beliau berkata, peningkatan sokongan itu dapat dilihat daripada sambutan yang diterima daripada penduduk terutama pengundi setiap kali hadir pada majlis atau menziarahi penduduk pada sesi kempen pilihanraya kecil DUN tersebut.

"Hari ini masuk hari ketujuh berkempen, saya lihat sokongan bertambah ini dapat dilihat ketika kami bertandang ke tempat mereka sambutan yang diberi amat baik.

"Banyak tempat telah kami kunjungi bagaimanapun kita perlu ulang balik agar mereka tidak lupa,” katanya ketika ditemui di Majlis Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri bersama masyarakat di Kg Ketam, di sini.

Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau berkata, masyarakat Kerdau inginkan pembangunan yang seimbang antara fizikal dan spiritual.

“Pembangunan yang seimbang dari segi fizikal dan spiritual bukan sahaja diperlukan di Kerdau tetapi juga masyarakat di tempat lain.

"Pas sering membahagikan perkara tersebut. Iitulah politik mereka. Hakikat semua tempat perlukan kedua-duanya sekali,” katanya.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment