
Kuala Krau- Peluang untuk berceramah akan digunakan sepenuhnya Rahimi Osman, bekas pembantu peribadi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendedahkan siapakah Anwar Ibrahim sebenarnya.
Ujarnya, peluang untuk berjumpa masyarakat dan pengundi Kerdau, akan digunakan sebaiknya untuk berkempen bagi pihak Barisan Nasional (BN) dengan menjelaskan isu Apco Worldwide dan akan mendedahkan hubungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Israel.
"Selagi ada program, saya akan turun beri penerangan kepada orang kampung, orang felda sendiri supaya tak percaya cakap Anwar ini. Jenis dia ini, dia turun kampung cerita-cerita dan dia pusing fakta dan yang bahayanya orang boleh percaya dia," katanya.
Dalam masa yang sama, Rahimi menolak dakwaan pembangkang kononnya beliau dibeli UMNO kerana tindakannya mendedahkan rahsia dua akuan bersumpah yang ditandatanganinya mengenai kes liwat Anwar.
"Soal jual beli itu tak timbul, sebaliknya ia adalah soal kesedaran dan keadilan . Dulu saya memang ahli PKR, saya sedar bahawa selepas saya kerja dengan Anwar, saya tahu apa kerja dia, saya tahu apa kesilapan dia dan saya tahu apa agenda Pakatan Rakyat.
"Soal beli tak ada. kalau nak beli,banyak orang yang lebih hebat dia boleh beli kenapa nak beli saya. Oleh yang demikian, UMNO tidak perlu bersusah payah untuk membeli saya" katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata kehadiran Anwar pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau hari ini adalah petanda bahawa pakatan pembangkang mengharapkan faktor ‘keajaiban’ Anwar untuk memenangi pilihan raya itu.
"Biasanya strategi minit-minit terakhir pakatan pembangkang ialah meletakkan Anwar turun berkempen. Jadi malam ini kita tengok Anwar pun turun ceramah dan kemungkinan dia akan turun lebih banyak program di sini. Anwar adalah talian hayat pakatan pembangkang," katanya

0 Komen
Post a Comment