
Melihat pada situasi lanskap politik negara hari ini selepas PRU 12 nampaknya Parti Pembangkang yang hari ini sudah semakin kehilangan undi populariti cuba untuk mengalihkan perhatian rakyat untuk berada di jalanan bagi tujuan demonstrasi dan terikut-ikut dengan apa yang sedang dihadapi oleh negara Timur Tengah, ujar Pengerusi Justice 4 All, Anuar Basiran.
“Saya dengan sekeras-kerasnya menyatakan bahawa pembangkang jangan sesekali
Sebagai contoh Ketua Pembangkang sendiri yang kini masih lagi dalam proses perbicaraan mengenai kes liwatnya
Mana perginya motto lawan tetap lawan? Kini yang tinggal bersama Anwar adalah Tangguh tetap tangguh. Rakyat semakin sedar tentang apa yang berlaku kini.
Tindakan pembangkang yang seolah-olah seperti peribahasa kerana seekor nyamuk kelambu mahu dibakar ini menunjukkan mereka juga semakin ketandusan idea dan semakin terdesak untuk meraih undi populariti sokongan rakyat.
“Kini tiba masanya untuk Barisan Nasional kembali di hati rakyat. Dengan kesungguhan dan kematangan politik yang diamal oleh kerajaan Barisan Nasional telah menunjukkan bahawa Rakyat semakin sedar mereka telah tertipu dengan janji manis yang telah ditabur oleh pihak pembangkan pada PRU 12 lalu.
Jangan sesekali mahu mengubah sejarah atau mahu mencipta sejarah dengan cara membakar negara. Berpolitiklah secara positif dan berakal. Bukan dengan cara begini. Mengapa dulu walaupun kerajaan BN gagal mendapat majoriti 2/3 di Dewan Rakyat dan kehilangan
Kelihatannya kini apa yang pembangkang katakan pada kerajaan semuanya sudah terpalit semula kemuka mereka sendiri. Kalau dulu mereka kata tentang nepotisme, kronisme, rasuah, kini mereka juga berhadapan dengan masalah yang sama dan lebih teruk lagi.
Cukuplah, hentikan segera amalan politk sebegini. Ia tidak akan menguntungkan mana-mana pihak. Malahan amalan sebegini akan membuatkan negara berada didalam keadaan yang tidak aman. Rakyat kini bersyukur kerana di negara yang kita hidup berbilang bangsa dan kaum tetapi kita sentiasa dalam keadaan aman dan harmoni. Nikmat kemerdekaan yang telah kita kecapi hampir 54 tahun tidak perlu kita rosakkan dengan amalan songsang pembangkang ini.
Pilihanraya Umum Ke 13 semakin hampir, rakyat sekali lagi akan membuat pilihan. Kita berada didalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi berpelembagaan. Hormati dan peliharalah rukun negara kita agar generasi akan datang akan sentiasa dapat hidup aman, harmoni dan sejahtera.

0 Komen
Post a Comment