
Kuala Lumpur, 16 Mac- Dulu rakyat membuat demostrasi untuk membela Penaishat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi kini sebaliknya pada kes kedua ini, apabila orang ramai termasuk NGO minta Anwar untuk berterus-terang.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, Anwar jangan berselindung lagi dengan isu DNA ini. Anwar perlu berpegang pada prinsip ‘berani kerana benar, takut kerana salah’.
“Itu adalah ingatan nenek moyang kita sejak zaman berzaman. Tidak ada sebab untuk beliau tidak memberikan sample DNAnya, dan apabila pendakwa meminta mahkamah minta Anwar memberikan samplenya, tidak ada sebab untuk beliau mengelakkannya.
Yang berlaku di bawah itu (demostrasi rakyat mendesak Anwar memberikan sample DNAnya) adalah reaksi spontan daripada rakyat yang sudah meluat melihat kes ini, meluat melihat gelagat Anwar Ibrahim yang bersembunyi di sebalik tabir perundangan yang begitu dan menuduh konon ada konspirasi,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, Ahmad Maslan melihat orang-orang yang disekeliling Anwar turun-naik mahkamah kini, bukanlah orang yang bersama Anwar satu ketika dulu. Malah orang-orang yang pernah menjadi orang kuatnya satu ketika dulu bersama-sama berdemostrasi membela Anwar, kini sudah tidak menyokong dia lagi.
“Kini mereka sudah tidak menyokong dialah setelah orang mendesak Anwar memberikan sample DNAnya, saya pasti pasti orang-orang tersebut bukanlah orang-orang yang menyokong Anwar Ibrahim.
Ini dari bawah, dan UMNO tidak membuat perhimpunan-perhimpunan sebegini. Ia merupakan anjuran-anjuran NGO, dan kemungkinan ada ahli-ahli UMNO dalam perhimpunan tersebut, namun ia bukanlah arahan-arahan kepada UMNO di seluruh negara untuk membuat demostrasi. Ia adalah sentiment kebangkitan rakyat supaya kes ini segera selesai kerana muak dengan perangai Anwar Ibrahim yang menangguh-nangguh kes ini seklian lamanya,” tambahnya lagi.
Dalam masa yang sama, Anwar jangan fikir keadilan untuk dia sahaja, tetapi fikirkan juga keadilan untuk Saiful dan orang-orang lain. Jangan dia fikir dia orang besar maka keadilan untuk dia, orang kecil juga perlukan keadilan. Dalam kes ini, keadilan juga harus diberikan kepada Saiful.
Secara sinis, Ahmad Maslan mencadangkan kepada Anwar, kalaulah dia marah sangat kerana didesak memberikan DNA, dia boleh meludah sahaja, kerana DNA ini bukan hanya pada air mani, malah rambut, air ludah juga merupakan sample DNA yang boleh dikira pakai.

0 Komen
Post a Comment