
Patutlah Yayasan Selangor tutup IKYS - Institut Kemahiran Yayasan Selangor pada Julai 2010 kerana kerajaan Selangor kata IKYS merugikan dan tidak mendatangkan keuntungan kepada Yayasan Selangor ...
Hakikatnya saper yang rugi? Yang rugi ialah hampir 280 orang pelajar yang datangnya dari keluarga yang berpendapatan sederhana....
Yang untung ialah macam majlis ulangtahun ke40 Yayasan Selangor, yang khabarnya menelan perbelanjaan sehingga RM1juta .... macam nie barulah untung.
Kalau tak percaya, tanyalah pada MB Selangor, Tan Sri Khalid Gagap, tokoh korporat satu ketika dulu yang berjaya membawa Yayasan Selangor ke mercu kegemilangan hingga masa depan 280 pelayar IKYS dipertaruhkan.
Okeylah tu kan .... Tapi mengapa baru-baru nie, laporan audit Yayasan Selangor mendedahkan banyak perbelanjaan yang tidak telus dan tidak munasabah yang membawa kepada defisit RM7.41 juta ...
MB kata:
“Perbelanjaan tidak telus, tidak berhemah dan tidak munasabah menyebabkan kos perbelanjaan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor hampir RM1 juta, malah bayaran dibuat kepada pengurus acara walaupun aktiviti belum dilaksanakan. Perbelanjaan tanpa perancangan menyebabkan kedudukan kewangan Yayasan Selangor sehingga November 2010, defisit RM7.41 juta,” .....
Sahabat-sahabat semua, fikirkanlah kebijaksaan kepimpinan kerajaan negeri PKR yang diterajui bekas seorang tokoh korporat yang `hebat' satu ketika dulu ....
Masa depan pelajar IKYS dipertaruhkan, ulangtahun PKNS kita rayakan.... falsafah terbaik kerajaan negeri Selangor
Baca laporan Penutupan IKYS di sini.
Baca laporan Audit Yayasan Selangor di sini.

0 Komen
Post a Comment