
KUALA LUMPUR, 22 Mac – Barisan Nasional (BN) kini mempunyai peluang lebih cerah untuk menang besar dan membawa lebih banyak kemajuan di Sarawak berikutan sambutan baik pelbagai lapisan masyarakat negeri itu terhadap perubahan dan transformasi BN dan komponennya.
Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan, berkata sementara pakatan pembangkang semakin caca merba, pelaksanaan perubahan dan transformasi BN Sarawak untuk mengetengahkan ramai muka baru pada Pilihan Raya Negeri Sarawak kini berjaya membuktikan pembaharuan dan meningkatkan keyakinan rakyat kepada BN.
"Isu antara Snap (Parti Kebangsaan Sarawak) dan PKR di Sarawak cukup untuk menunjukkan pembangkan tiada kesepakatan. Pelbagai perbezaan dalam pakatan pembangkang, percanggahan Pas dan Dap membuktikan pakatan itu caca merba, ia hanya pakatan caca merba, ketuanya caca merba sehingga pembangkang tidak mampu membawa untung, malah sia-sia kepada rakyat.
"Mereka caca merba sehingga pakatan pembangkang tidak boleh dicontohi, ketuanya bermasalah dan caca merba hingga tidak boleh dicontohi juga.
"Jadi kesepakatan, perubahan dan transformasi untuk penampilan pemimpin pelapis yang dilaksanakan oleh BN Sarawak dan komponen-komponennya mudah-mudahan akan membawa kemenangan besar.
"Rakyat tentunya menerima dan menyakini transformasi ini dan masa depan akan lebih cerah untuk menikmati pembaharuan dan kemajuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, beliau berharap semua jentera BN yang sudah pun mengikuti kursus parti, dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka untuk bekerja kuat dan memenangi Pilihan Raya Negeri Sarawak.
Beliau berkata, Jabatan Penerangan UMNO Malaysia akan bekerjasama dengan Penerangan BN Sarawak dan semua jentera penerangan komponen BN di sana untuk berkempen memenangi pilihan raya itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 Komen
Post a Comment